Buletin

PADA 1989, TOYOTA LANCAR STARLET EP81 (ADA MODEL BUMBUNG KANVAS)

Populariti kereta kompak di negara kita bukan bermula pada tahun 1994 apabila Perodua melancarkan Perodua.

Pengguna pada masa itu sudah biasa menggunakan kereta kompak seperti Toyota Starlet, Daihatsu Charade dan Suzuki Swift.

Pasaran untuk kereta kompak sudah sedia wujud sejak berpuluh tahun dahulu dan sekarang segmen itu ditawan dengan baik oleh Perodua Myvi.

Konsep kereta kompak atau bandar tidak berubah banyak, saiznya sedang-sedang, mudah dikendalikan dan diselenggara, jimat minyak dan paling penting dijual pada harga mampu milik.

Walaupun kereta kompak jenama asing susah untuk bersaing dengan Perodua namun masih ada sekumpulan peminat yang menghargai reka bentuk dan teknologi era 80an dan 90an.

Contoh paling unggul ialah Toyota Starlet. Lihat sahaja di laman jual beli kenderaan terpakai, harga model yang baik keadaannya masih berbelas ribu.

Jika anda rasa harga tersebut masih tinggi, semak pula Toyota Starlet EP81.

Harganya model dua pintu setara dengan Perodua Myvi baharu.

Toyota Starlet SStarlet EP81 (generasi keempat) mula diperkenalkan pada 19 Disember 1989.

Model ini tampil membawa gayaan baharu berbanding generasi terdahulu. Jika Starlet EP71 membawa imej berkotak dan garis lurus, Starlet EP81 pula hadir dengan reka bentuk lebih lembut dan bujur.

Pada masa Starlet EP81 dilancarkan, ia adalah model paling kecil dalam barisan produk Toyota.

Starlet mempunyai reputasi yang baik, senang dipandu, jimat dan memenuhi pelbagai jenis pelanggan dari golongan muda kepada berkeluarga.

Toyota Starlet Si – Bumbung kanvas!

Ciri-ciri tersebut telah diperkemas pada Starlet EP81, ia mempunyai kuasa lebih tinggi dan ekonomikal serta tampak sporti sesuai dengan era yang memasuki tahun 90an.

Toyota membangunkan Starlet EP82 dengan tiga objektif berikut:

  1. Menawarkan dua varian yang berbeza. Varian sporti dan biasa untuk menarik pelanggan umum.
  2. Menghasilkan model dengan kecekapan bahan api paling baik dan output kuasa tertinggi dalam kelas 1.3 liter. Ini dicapai melalui penggunaan enjin baharu 4E 16 injap.
  3. Memberikan keselesaan dan keselamatan terbaik dalam kelasnya.

Melalui objektif yang digariskan lahirlah tiga buah varian menarik seperti berikut:

  1. Starlet GT (4E FTE /1.3 Turbo)
  2. Starlet S
  3. Starlet Si (Dengan bumbung kanvas)

Selain reka bentuk menarik, satu lagi ciri istimewa pada Starlet EP81 ialah enjin 4E.

Untuk model ini, Toyota menawarkan tiga jenis enjin asas iaitu 4E-FTE (Turbo), 4E-FE dan 4E-F.

Enjin 4E 16 injap ini lebih berkuasa dan cekap minyak berbanding enjin 2E 12 injap yang digunakan pada Starlet terdahulu.

Enjin 4E-FTE berkuasa 135 PS begitu popular dan dinegara kita ia digunakan dalam pelbagai model yang telah dimodifikasi seperti Daihatsu Charade dan Proton Savvy.

Pemilik Starlet EP71 juga gemar menggunakan enjin ini bagi menggantikan enjin 2E.

Enjin 4E-F adalah asas untuk siri ini dengan output kuasa 82 PS. Enjin ini adalah yang paling jimat dengan penggunaan minyak (di atas kertas) pada kadar 20.5 km/l.

Enjin 4E-FE pula hadir tanpa pengecas turbo dan ia dilengkapi teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI).

Toyota Yaris Indonesia

Di celah-celah populariti enjin 4E, ada sebuah lagi yang mungkin tidak dikenali ramai. Enjin 1N 1.5 liter yang menggunakan bahan bakar diesel. Enjin ini memberikan penjimatan bahan api dan kuasa setara enjin petrol.

Setelah mencatat sejarah apakah perancangan Toyota untuk Starlet? Model ini sentiasa mempunyai legasi atau lebih popular dikenali sebagai Yaris pada masa sekarang.

BACA: INI TOYOTA YARIS UNTUK WRC 2019, KIT BADAN SEPERTI PESAWAT TEMPUR!

BACA: PADA JANUARI 1986, TOYOTA PERKENAL STARLET 2E TURBO

Tags
Google ads
Back to top button