Buletin

ACURA RLX 2018 – SAUDARA DEKAT HONDA LEGEND

Di dalam negara kita, dua jenama premium Jepun sudah lama memasarkan produk mereka bagi bersaing dengan jenama Eropah seperti BMW, Mercedes-Benz dan Audi. Dua jenama yang dimaksudkan ialah Lexus daripada Toyota dan Infiniti daripada Nissan. Walau bagaimanapun ada satu lagi jenama premium yang tertinggal.

Tidak lain tidak bukan ialah Acura daripada Honda. Tidak pasti mengapa, mungkin juga perbezaan strategi. Walaupun begitu, jenama Acura sama naik dengan Honda di Amerika Syarikat. Model yang dipasarkan pula ada berkongsi platform dan boleh dilihat melalui Acura RLX dengan Honda Legend.

Satu perkara tentang Acura ialah, Honda membuat keputusan untuk memposisikannya lebih kepada teknologi berbanding reka bentuk agresif dan glamor. Jadi tidak menghairankan apabila reka bentuk barisan modelnya tampil biasa jika dibandingkan dengan Lexus. Kecuali Acura NSX, yang itu lain ceritanya.

Apabila bercakap tentang sedan sport, Acura RLX ini berada dalam segmen tersebut cuba bayangkan jika dipasarkan di dalam negara? Harga mestilah mahal dari Honda Accord sebab Honda sebenarnya sudah tiada model sedan selepas Accord. Sama seperti CR-V, jadi di situlah sebenarnya pasaran kereta premium Jepun yang sedang dinikmati oleh Lexus.

Untuk senang faham, di bawah ialah kenapa Acura RLX ini istimewa:

  • Acura RLX ini model paling sedap sekali selepas NSX. Maknanya nombor satu ialah NSX, nombor dua pula ialah RLX
  • Ada dua varian iaitu Acura RLX P-AWS dan Acura RLX Sport Hybrid SH-AWDTM 
  • Acura RLX dibina mengikut DNA Precision Crafted Performance
  • RLX sebelum ini nampak juga gayaan Honda tetapi model 2018 ini sudah banyak berbeza melalui gayaan baharu Acura dengan gril berbentuk berlian pentagon
  • Enjin Acura RLX P-AWS dari jenis 3.5 liter Direct Injection SOHC i-VTEC V-6. Bayangkan berapa cukai jalan RLX ini
  • Transmisi pula dari jenis 10 kelajuan automatik
  • Harga pula memang dalam segmen premium. Acura RLX P-AWS berharga AS 54,900 (RM 232,444) manakala Acura RLX Sport Hybrid SH-AWDTM AS 61,900 (RM 262,102)
  • Kedua-dua harga itu walaupun tidak cecah enam angka tetapi sebenarnya sudah memasuki sempadan jenama premium. Lagi mahal dari Honda Civic Type R.

Google ads
Back to top button