BuletinMotosikal

SIAPA JUARA MOTOGP 2017, MARC MARQUEZ ATAU ANDREA DOVIZIOSO?

Pusingan kedua terakhir MotoGP telah berjaya dilangsungkan pada 29 Oktober lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Andrea Dovizioso telah berjaya menafikan kejuaraan awal Marc Márquez dengan memenangi perlumbaan yang menarik di atas trek basah.

Pelumba dari Itali itu mengalahkan rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo untuk meraih kemenangan keenam musim ini bersama Ducati dan berjaya menghidupkan peluang untuk memenangi gelaran juara tahun ini apabila Márquez menamatkan perlumbaan di tangga keempat.

Dalam perlumbaan itu Johann Zarco mendahului peringkat awal perlumbaan sebelum Lorenzo dan Dovizioso membuat gerakan mereka dengan Dovizioso berjaya berada di depan pada pusingan 16. Zarco berjaya bertahan dan menamatkan perlumbaan di podium ketiga di hadapan Marquez dan Dani Pedrosa.

BACA: MOTOGP VERSI KAPCAI – MODIFIKASI “GILA” HONDA RS150R

Kredit foto: Gold & Goose / Red Bull

Suatu senario yang menarik apabila kejuaraan keempat dunia boleh menjadi milik Marquez di Valencia tetapi dengan beberapa senario seperti yang dipetik oleh laman web MotoGP:

  • Jika Dovizioso memenangi perlumbaan, maka Marquez perlu menghabiskan perlumbaan ditempat kedua untuk menjadi Juara Dunia
  • Jika Dovizioso menamatkan perlumbaan di tempat kedua, Marquez perlu menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di tempat keempat untuk menjadi Juara Dunia.
  • Jika Dovizioso menduduki tempat ketiga, Marquez perlu menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di tempat kelapan untuk menjadi Juara Dunia
  • Jika Dovizioso menamatkan perlumbaan di tempat keempat, Marquez perlu menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di tempat ke-11 untuk menjadi Juara Dunia
  • Jika Dovizioso menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima sehingga ketujuh, Marquez perlu menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di tempat kelapan untuk menjadi Juara Dunia
  • Jika Dovizioso menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan dan ke atas, Marquez automatik menjadi juara MotoGP™ 2017 yang merupakan kali keempat buat beliau

Senario seperti ini semestinya mendebarkan buat peminat Dovizioso dan Marquez. Senario ini hanya melibatkan jika Marquez berjaya menamatkan perlumbaan.

Andai kata Marquez terjatuh atau apa-apa sahaja berlaku yang menyebabkan beliau gagal menamatkan perlumbaan manakala Dovizioso pula di depan maka kejuaraan MotoGP 2017 adalah milik pelumba Ducati itu.

BACA: INILAH DIA YANG DITUNGGU – DUCATI DESMOSEDICI STRADALE V4, 1,103CC DAN 210HP!

Kredit foto: Gold & Goose / Red Bull

Top 5 di Sepang:

1. Andrea DOVIZIOSO , Ducati: 0:44:51.497         
2. Jorge LORENZO, Ducati: +0.743s
3. Johann ZARCO, Yamaha: +9.738s               
4. Marc MARQUEZ, Honda: +17.763s
5. Dani PEDROSA, Honda: +29.144s

Mata keseluruhan terkini pelumba: 

1. Marc MARQUEZ Honda SPA 282
2. Andrea DOVIZIOSO Ducati ITA 261
3. Maverick VIÑALES Yamaha SPA 226
4. Valentino ROSSI Yamaha ITA 197
5. Dani PEDROSA Honda SPA 185

Google ads
Back to top button