BuletinMotosikal

ADA APA DENGAN LORENZO, YAMAHA DAN PETRONAS?

Apa kaitan antara tiga nama besar di atas yang dikatakan telah melakukan perbincangan di Mugello sempena MotoGP baru-baru ini?. Dato’ Razlan Razali, bos besar litar Sepang menerangkan tentang rancangan terbaru beliau untuk MotoGP.  

Razlan bersama-sama dengan Yamaha dan Petronas selain duo Lorenzo dan Morbidelli dikatakan berhasrat berlumba dalam kelas premier. Ini berikutan ketidaktentuan yang masih lagi melanda satu lagi pasukan MotoGP, Marc VDS yang masih lagi dibelenggu masalah penaja.

Razlan ialah individu yang bertanggungjawab membawa pelumba Malaysia Zulfahmi Khairuddin ke pasukan Caponera Moto3 dalam perlumbaan World Cup sebelum menyertai Red-Bull Ajo-KTM. Zulfahmi hampir sahaja berjaya memenangi perlumbaan Moto3 GP pada tahun 2012.

BACA: ZARCO SAH BERPINDAH KE KTM 2019

Sebaik menjawat jawatan nombor satu litar Sepang, Razlan menjadi antara individu paling penting di kawasan paddock MotoGP.  Beliau menubuhkan pasukan SIC-Petronas Moto2 dan berjaya membawa Hafiz Syahrin ke mata dunia.

Beliau berhasrat untuk membawa pasukan baru ini berlumba dalam semua tiga kategori perlumbaan GP. Ini juga mungkin merupakan jalan keluar untuk Jorge Lorenzo yang dikatakan akan dikeluarkan oleh Ducati dari pasukan mereka.

Sewaktu ditemubual oleh Speedweek tentang rancangan pasukan MotoGP Yamaha dan Petronas, Razlan menyatakan dua kemungkinan sama ada memilih menyertai Jorge Martinez ataupun Marc VDS. Buat masa ini terdapat banyak variasi dan cara untuk menjalankan rancangan tersebut dan mereka masih mencari-cari peluang terbaik.

Razlan telah berada di Mugello sepanjang minggu lepas untuk mengutip sebanyak mungkin informasi dan menyampaikannya kepada Petronas. Mereka kemudian akan membincangkannya di Kuala Lumpur sedikit hari lagi.

Seperti Razlan, Petronas juga sangat berminat dengan MotoGP. Usahasama keduanya selain litar Sepang sendiri sudah terbukti dengan penyertaan mereka dalam Moto2 dan Moto3 dan kini mereka berhasrat mencabar kelas premier, MotoGP.

Banyak perlu dilakukan untuk memulakan perancangan pasukan baru dan dengan komitmen Petronas selaku penaja rasmi, peluang memang kelihatan agak cerah. Selain daripada itu mereka juga perlu melakukan perbincangan dengan Dorna, khususnya CEO Dorna sendiri, Carmelo Ezpeleta

BACA: TAMATKAN PERLUMBAAN DI TEMPAT KE-12, HAFIZH KUTIP 4 MATA DI MOTOGP ITALI

Razlan juga telah melakukan perbincangan dengan Lin Jarvis, salah seorang pengurus tertinggi Yamaha dan Yamaha mencadangkan Franco Morbidelli sebagai salah seorang penunggang. Tapi sehingga perancangan projek baru ini berhasil 200 peratus barulah keputusan siapa penunggang akan diputuskan.

Selain daripada itu, beliau turut berbincang dengan Lucio Cecchinello tentang perancangan dan mendapatkan nasihat berguna untuk mengelakkan kesilapan dalam perancangan. Semua isu mesti disesuaikan dengan bajet yang ada.

Hasrat Jorge Martinez untuk menjual pasukan beliau juga tepat pada masanya dan Petronas dan litar Sepang berhasrat untuk mengambil peluang ini. Namun ia mesti dilakukan dengan teliti kerana dua entiti terbabit dimiliki oleh kerajaan Malaysia.

Ia merupakan peluang yang muncul tanpa disangka. Mereka tidak pernah merancang untuk menyertai kelas premier dalam jangka masa terdekat tetapi siapa sangka peluang itu kini nampaknya terbuka.

Ia juga hasil perbualan dengan Carlos Ezpeleta tentang masalah dengan pasukan MotoGP. Razlan menyatakan kesanggupan mereka mengambil alih pasukan sedia ada jika ia bermasalah dan kini mereka diberikan peluang tersebut. Petronas sendiri sudahpun terlibat dengan aktif sebagai penaja pasukan factory Yamaha sejak musim 2008 hingga 2010.

Bukan itu sahaja, Petronas juga berhasrat untuk membangunkan minyak pelincir dengan menggunakan enjin Yamaha M1 dan Yamaha sudah pun memberikan persetujuan awal. Nantikan sahaja perkembangannya.

SUMBER TERJEMAHAN DARIPADA

SPEEDWEEK

Google ads
Back to top button