Artikel Pilihan

AKSESORI GEAR UP UNTUK ALZA, TAMBAH SENDIRI AKSESORI IKUT KEMAMPUAN ANDA

Satu perkara yang patut dipuji untuk Perodua Alza yang baru ini ialah Perodua sangat bermurah hati dengan pelbagai ciri keselamatan yang menarik dimana ciri-ciri ini hanya ditawarkan pada kereta yang 2 3 kali ganda lebih mahal.

Jika varian AV mendapat Adaptive Driving Beam, varian X menggunakan lampu depan LED dengan ciri Auto High Beam. Semua varian mendapat 6 beg udara, sistem kestabilan elektronik, malah varian X juga mendapat sistem Advance Driving Assist.

Walaupun ia terhad kepada ciri amaran pra-perlanggaran, brek pra-perlanggaran, pedal misoperation, Front Departure Warning, Lane Departure Warning dan Lane Departure Prevention tapi sangat membantu. Jadi anda tahu bahawa kebanyakan duit yang anda bayar membolehkan anda menerima ciri-ciri keselamatan terkini.

Pada masa yang sama, Perodua memperkenalkan aksesori tambahan yang dijual menerusi jenama Perodua sendiri iaitu Gear Up khas untuk pemilik yang mahukan gaya. Praktis ini telah lam dilakukan oleh Daihatsu Jepun yang menjual pelbagai aksesori tambahan kepada pelanggan yang berminat untuk memasang aksesori yang diminati.

Antara pakej aksesori untuk Alza 2022 termasuklah:

1. Prime Bodykit – yang merangkumi Front Bumper Kit, Rear Bumper Kit dan Spoiler di bahagian belakang dengan dengan harag RM 2500. Front Bumper Kit akan datang dengan lampu nyalaan siang DRL dan memerlukan sedikit pemasangan pendawaian

2. Prime Seat Cover – balutan PVC untuk kusyen dijual dengan harga RM 1000 bagi setiap set dan boleh dipasang pada semua varian, datang dengan benang jahitan merah dan juga kemasan warna merah gelap. Sebagai bonus, penumpang barisan tempat duduk kedua mendapat poket daripada balutan kusyen ini

3. Pakej Pencahayaan- bagi menampakkan Alza lebih mewah pada waktu malam Gear Up juga menawarkan aksesori tambahan seperti LED Scuff Plate (RM 300) untuk pintu yang dipasang dengan lampu LED dan juga Floor Lighting (RM 250)

4. Pakej Utiliti – terdiri daripada pelapik kaki Coil Mat (RM 200), Door Visor (RM 160) dan Lugage Tray (RM 80) jika dibeli secara berasingan. Tapi jika anda mengambil pakej ini, 3 aksesori ini dijual pada harga RM 390 sahaja

5. Perakam Video Digital – bagi pemandu yang mementingkan keselamatan, anda boleh membeli perakam video digital (RM 500) yang berupaya merakam video pada kualiti 1080 piksel, bunyi, merakam pada waktu malam dan membuat rakaman khas ketika impak dikesan

6. Perodua Care Seat – berupaya memuatkan bayi sehingga kanak-kanak dengan berat maksimum 36kg, dipasang dengan poin ISOFIX, boleh dipusing ke depan atau belakang serta memenuhi piawaian keselamatan ECE R4404 (RM 680)

Lain-lain aksesori termasuklah Wheel Lock Nut (RM 200), Tyre Pressure Monitoring System (RM 430), penyerap bunyi enjin (RM 80) dan juga penyerap bunyi yang dipasang pada pintu (Vibratile – RM 285). Anda boleh melihat aksesori yang lain di SINI

Google ads
Back to top button