
KENAPA KERETA SPORT & SUPERCAR GUNA “GAM UHU” UNTUK CASIS?
Kalau sebut pasal casis kereta, ramai orang bayang kan casis kereta dibuat dengan menggunakan proses welding sahaja. Dari dulu lagi, kilang kereta menggunakan kaedah spot weld ribuan titik untuk mencantumkan panel keluli, aluminium atau apa saja logam untuk dijadikan cassis kereta
Ia adalah proses yang laju, murah, senang diautomasikan dengan menggunakan robot. Tapi bila kita bercakap pasal kereta performance seperti Honda Civic Type R, Toyota GR Yaris, atau supercar eksotik, proses penghasilan cassis dibuat dengan kaedah cantuman adhesive
Mereka sanggup menambah kos pembuatan dengan menggunakan structural adhesive (gam industri yang kuat) untuk mencantumkan casis. Tapi kenapa adhesive ini lebih disukai oleh pengeluar?
1. Ketegaran Cesi & Pengendalian – Adhesive lebih power dari spot weld
Spot weld cuma pegang pada titik kecil (contoh setiap 30–50mm ada satu titik weld untuk 2 kepingan besi). Adhesive pula boleh digunakan sepanjang bahagian yang bersambung menjadikan sambungan lebih rigid dan beban teragih rata.
Malah sambungan ini tidak akan gagal, meregang dan boleh kembali kepada bentuk asal. Honda Civic Type R (FL5) menambah beberapa meter adhesive berbanding Civic biasa menyebabkan casis menjadi lebih keras serta handling lebih tajam.
Toyota GR Yaris pula memang dibina untuk rally dengan cassis wajib kuat untuk menahan lompatan semasa rally, mengambil selekoh laju di atas gravel. Adhesive menjadi “glue reinforcement” untuk pastikan casis tak cepat longgar. Hasilnya? Steering lebih tepat, suspension bekerja konsisten, dan kereta rasa “seketul”.
2. NVH – Kurang bunyi & getaran
Selain rigid, adhesive juga bertindak seperti sealant keras yang mengisi ruang kosong antara panel. Ini akan mengurangkan getaran dan resonance. Kesannya, walaupun kereta hardcore macam Type R dan GR Yaris, cabin tak “berkeriut” masa memecut laju di selekoh gila. S
3. Hybrid Bonding – Adhesive + Spot Weld = Win-Win
Biasanya mereka guna hybrid bonding dimana proses Spot weld atau rivet akan digunakan untuk memegang panel masa prose assembly. Adhesive pula akan turut digunakan sebelum cassis tadi “dimasak” dalam oven. Apabila adhesive sudah cure, ia menjadi kuat, menambah rigidity cassis & jangka hayat sambungan. Kombinasi ni bagi kekuatan mekanikal dan kelebihan sealant dalam satu pakej.
4. Kos: Mahal tapi berbaloi untuk performance
Spot welding merupakan proses cantuman cassis yang murah dan efisyen dimana robot boleh menembak ribuan spot weld dalam sejam. Berbeza dengan proses sapuan adhesive, ia kurang efisyen dan lebih mahal. Malah structural epoxy untuk industri boleh mencecah antara RM100–300 sebatang.
Untuk satu casis performance, penggunaan adhesive boleh mencapai sehingga berpuluh meter panjang seam dan memerlulam kos tambahan antara ratusan ke ribuan ringgit. Tapi untuk kereta biasa, ia tidak menjustifikasikan penggunaan adhesive. Tapi untuk performance car atau sportcar, kos itu kecil sahaja jika dibandingkan dengan hasil handling & durability.
5. Aluminium & Adhesive – Gandingan Sesua
Berbeza dengan kereta penumpang, sport car biasa menggabungkan keluli yang agak jarang digunakan dalam pembinaan cassis. Ada yang menggabungkan keluli biasa dengan aluminium, gentian karbon dan juga elemen lain.
Untuk mencantumkan kepingan aluminium dengan kepingan aluminium lain, ia adalah proses yang agak sukar sedikit jika menggunakan proses spot weld. Dimana proses sport weld memerlukan arus 3 atau 4 kali lebih tinggi dan menyebabkan elektrod cepat haus
Pada masa yang sama prsses welding aluminium boleh buat kawasan sekeliling jadi lemah (microcrack, porosity/ruptuce). Jadi Adhesive adalah pilihan yang lebih sesuai. Gandingan beberapa material berbeza juga menyebabkan isu karat atau Galvanic Corrosion dimana logam yang lebih reaktif akan menyebabkan logam kurang reaktif berkarat
Jadi apabila cantum aluminium da keluli, lapisan adhesive akan menjadi penebat untuk mengelakkan masalah karat galvanik. Selain itu adhesive juga bertindak memanjangkan jangkayat sambungan dengan mengurangkan isu fatigue life
Sambungan adhesive ada sedikit fleksibiliti menjadikan sambungan aluminium jadi lebih tahan lama berbanding spot weld yang rigid dan keras. Itulah sebab kenapa kereta seperti McLaren, Ferrari, Aston Martin banyak menggunakan adhesive untuk mencantumkan aluminium tub dengan panel.
Kesimpulan
Structural adhesive dalam kereta bukan sekadar “gam kuat”. Dia adalah teknologi moden yang:
- menambah rigidity untuk handling.
- mengurangkan NVH.
- menjadikan sambungan lebih tahan lama.
- Sesuai untuk aluminium & pelbagai material laun.
Kos sambuangn adhesivememang lebih tinggi dari spot weld biasa, tapi untuk kereta performance & supercar, hasilnya sangat berbaloi. Jadi lain kali bila dengar “kereta ni pakai adhesive kat casis”, jangan fikir gam UHU. Ini adalah teknologi industri yang bezakan kereta biasa dengan jentera prestasi tinggi.

