Artikel Pilihan

KOTAK GEAR 8 KELAJUAN TIADA TORQUE CONVERTER. MEMANG BIJAK

Mazda terkenal dengan pendekatan “Jinba-Ittai” iaitu pemandu dan kereta mesti bergerak dalam satu entiti seperti menunggang kuda. Dalam dunia moden yang dipenuhi elektrifikasi, falsafah itu tidak hilang, cuma diterjemah melalui teknologi baru.

Salah satu contoh paling jelas ialah pengenalan transmisi 8-kelajuan automatik untuk model hibrid plug-in (PHEV) seperti Mazda CX-80. Sebelum ini, Mazda banyak bergantung pada transmisi Skyactiv-Drive 6 Kelajuan Automatik dengan torque converter.

Ia tahan lasak, operasi lancar, dan direka untuk “lock-up” sistem klac secepat mungkin bagi mengurangkan kerugian tenaga. Tetapi, dunia bergerak ke arah elektrifikasi dan kecekapan tenaga yang lebih ketat, maka hadirlah transmisi 8 kelajuan generasi baru.

Reka Bentuk Baharu – Tiada Lagi Torque Converter

Perubahan paling besar bagi transmisi 8 kelajuan yang baru ialah komponen torque converter denngan sistem hidraulik telah tidak digunakan.

Sebaliknya, Mazda mengunakan sistem pek klac berbilang kepingan (multi-plate clutch) yang lebih kompak, lebih direct, dan kurang tenaga hilang akibat “slippage” cecair hidraulik. Clutch ini bukan sahaja berfungsi sebagai penghubung enjin dengan gearbox, tetapi juga membolehkan motor elektrik disusun sebaris (inline) di antara enjin dan kotak gear.

Susunannya lebih kurang macam ni:

  • Enjin petrol 2.5L Skyactiv-G
  • Multi-plate clutch
  • Motor elektrik 129 hp (96 kW)
  • Gearbox 8AT baharu
  • Output ke differential (AWD untuk CX-80 PHEV)

Dengan susunan ini, Mazda berjaya buat sistem lebih kompak berbanding Toyota Hybrid Synergy Drive (yang guna planetary gear set). Ia masih mengekalkan feel “gear change” yang natural, sesuai dengan identiti Mazda.

Nisbah Gear – Fokus Kecekapan & Cruising

Ini disesbabkan kotak gear ini masih memiliki ratio mekanikal sebenar yang berfungsi dan boleh dipilih dengan menggunakan paddleshifter. Berikut ialah nisbah gear Mazda 8AT PHEV (sama untuk CX-60 & CX-80):

  • 1st: 5.494
  • 2nd: 3.303
  • 3rd: 2.077
  • 4th: 1.488
  • 5th: 1.155
  • 6th: 0.852
  • 7th: 0.672
  • 8th: 0.601
  • Reverse: 3.995
  • Final drive: sekitar 3.7

Nisbah gear rendah (1–3) direka untuk traction dan kuasa untuk menarik SUV besar semasa pecutan. Nisbah tinggi (7 & 8) pula ialah overdrive, yang bermakna enjin berputar lebih perlahan ketika cruising highway bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih senyap, lebih jimat bahan api.

Sebagai contoh pada kelajuan 110 km/j dalam gear 8, enjin boleh mengekalkan bacaan RPM sekitar 1,500–1,700 rpm sahaja.

Kelebihan Motor Elektrik – Lebih Dari Sekadar EV Mode

Motor elektrik yang digunakan menghasilkan sekitar 129 hp dan 250 Nm torque bukan sekadar alat untuk bergerak dalam mod elektrik sejauh 60–65 km (bergantung piawaian WLTP). Fungsinya jauh lebih besar seperti:

  1. EV Mode – Kereta boleh bergerak tanpa enjin hidup untuk perjalanan harian pendek.
  2. Torque Fill – Semasa gear shift atau pecutan, motor isi “gap” kuasa bila enjin menukar gear. Hasilnya respon lebih lancar.
  3. Regenerative Braking – Motor bertindak sebagai generator untuk mengecas balik bateri 17.8 kWh.
  4. Engine Load Management – Motor bantu enjin kekal pada rpm paling cekap; kalau enjin tak diperlukan, motor ambil alih.

Mazda pilih susunan ni sebab mahu mengekalkan rasa pemanduan natural, tidak terlalu “rubber band” macam CVT Toyota hybrid, tapi masih dapat manfaat hibrid.

Fuel Consumption – Dunia Sebenar

Secara rasmi, Mazda CX-80 PHEV mencatatkan bacaan

  • Jarak EV: sekitar 63–65 km berdasarkan format WLTP (bergantung saiz rim & kondisi)
  • Gabungan WLTP: sekitar 1.5 – 1.7 L/100 km (angka PHEV “teori”)

Tapi dalam dunia sebenar jika bateri penuh, Mazda CX-80 boleh dipandu dalam jarak sekitar 40–50 km sahaja sebelum enjin mula hidup. Pada kelajuan normal lebuhraya (110–120 km/j), penggunaan petrol bila bateri habis sekitar adalah sekitar 7.0 – 8.0 L/100 km untuk SUV besar AWD macam ni.

Berbanding model 6AT bukan hybrid lama, ini lebih jimat antara ±10–15% dalam cruising, dan jauh lebih jimat dalam bandar bila EV banyak digunakan. Secara purata CX80 menawarkan purata penggunaan bahan api sekitar 13-14km per liter petrol.

Kecekapan Mekanikal – 6AT vs 8AT Hybrid

Apabila dibandingkan kecekapan mekanikal untuk transmisi transmisi, model lama 6AT ( dengan torque converter, lock-up) memberikan kecekapan mekanikal pada halaju Cruising antara 86 – 92%. Namun angka ini boleh menurun kepada 60-80% disebab slippage torque converter semasa pemanduan dalam bandar

Bagi gearbox 8AT baru (multi-plate clutch dan motor elektrik), kecekapan mekanikal transmisi baru sewaktu Cruising adaah sekitar 90 – 96% (kurang losses sebab tiada hidraulik slippage. Manakala bagi pemanduan dalam bandar/stop-go prestasinya lebih baik disebabkan bantuan motor elektrik serta sistem clutch direct yang lebih efisien.

Kesimpulannya, transmisi 8AT baru bukan saja menambah dua gear ekstra untuk cruising, tapi dengan motor elektrik dan clutch system, ia mengurangkan kehilangan tenaga, memberi lebih banyak fleksibiliti, dan mengoptimakan penggunaan bahan api dalam pelbagai keadaan.

Mazda berbeza berbanding dengan Toyota, Honda, atau Hyundai yang menggunakan sistem planetary gear set atau DCT untuk PHEV. Mazda mahu mengekalkan “gear shift feel” yang sesuai dengan DNA sporty mereka.

Malah rekaan baru transmisi 8 kelajuan ini sebenarnya lebih kompak dan boleh digunakan pada platform longitudinal yang sama untuk enjin straight-6 (CX-60, CX-80, CX-90). Transmisi ini boleh juga digunakan untuk petrol mild-hybrid, diesel mild-hybrid, dan juga PHEV.

Kesimpulan

Gearbox 8-kelajuan baharu Mazda dalam CX-80 PHEV bukan sekadar upgrade dari 6AT lama. Ia lambang transformasi Mazda dengan pengenalan sistem yang lebih baik seperti:

  • Direct drive clutch – kecekapan mekanikal lebih tinggi.
  • 8 nisbah gear – lebih fleksibel, julat operasi lebih besar & menjimatkan bahan api.
  • Motor elektrik – tambah kuasa, jimat minyak, menawarkan mode EV sahaja.
  • Penggunaan petrol dunia sebenar – lebih baik berbanding SUV petrol besar biasa.

Dalam dunia automotif di mana semua berlumba elektrifikasi, Mazda masih kekal dengan falsafah pemanduan yang unik tapi kini dengan teknologi yang jimat dan tetap menyeronokkan dipandu.

Google ads
Back to top button