Artikel Pilihan

ALAHAI, TAKKAN TUNJUK FERRARI JE? KAT SINI SIAP SEWA KAPAL TERBANG DIK

Ya di laman sosial menag ramai insan yang ingin menunjukkan mereka masih muda tapi telah kaya raya. Salah satu cara untuk menunjukkan mereka telah berjaya walaupun muda ialah dengan bergambar dengan dengan supercar yang popular seperti Ferrari ataupun dengan kereta mewah seperti Rolls ROyce

Terbaru seorang remaja bernama Dylan Huntley berusia 15 tahun menjadi popular di laman Twitter apabila cuba menipu warganet dengan bergambar sebuah supercar Ferrari 488 GTB. Gambar pose bersama Ferrari ini cuba menunjukkan Dylan seorang yang amat berjaya dan kaya tapi usahanya gagal apabila Ferrari berkenaan sebenarnya adalah sebuah kereta sewa

Salah satu tanda yang menunjukkan Ferrari tersebut disewa ialah terdapat satu pelekat “Cloud9Exotic” pada bahagian cermin sisi kenderaan. Netizen sempat bergurau dengan meletakkan komen” adalah menjadi kebiasaan pada penipu atas talian untuk bergambar dengan kenderaan sewa dan mengaku kenderaan tersebut adalah miliknya”

Berang selepas kantoi, Dylan kemudian membalas dengan respon yang menyatakan adalah lebih baik dia menyewa Ferrari berbanding dengan membelinya. Namun yang menjadi masalah ialah video terbaru yang dimuat naik oleh Dylan dari supercar McLaren 570S adalah disewa daripada syarikat Turo.

Malah sepatutnya Dylan tidak memandu McLaren tersebut kerana polisi syaikat kereta sewa ialah tidak membenarkan mana-mana pemandu berumur di bawah 21 tahun memandu kenderaan mereka. Kemungkinan kenderaan tersebut disewa oleh ibubapanya atau pihak ke tiga.

Namun pengajaran di sini ialah, anda akan nampak kurang cerdik apabila cuba menunjukkan kekayaan anda dengan menggunakan harta benda atau kenderaan orang lain. Apatah lagi anda cuba membina profail diri bagi menjukkan anda berjaya dengan menggunakan objek yang hebat

Keadaan ini menunjukkan anda memiliki masalah self esteem yang rendah serta kurang keyakinan diri. Lain kali boleh belajar dari scammer di Malaysia, sewa kapal terbang dan pusing pusing sekeliling landasan ye. Haihhhh

Google ads
Back to top button