
VIRAL CERMIN SISI MOTOSIKAL BESAR GEDABAK – NETIZEN PECAH PERUT
Setiap komponen pada kenderaan sememangnya memainkan peranan penting terutama sekali untuk tujuan keselamatan pengguna.
Bagi motosikal, antara komponen sangat penting adalah cermin sisi tetapi tidak kurang juga pemilik motosikal sering menukar saiz cermin sisi yang lebih kecil kerana dikatakan kelihatan lebih bergaya.
Berbeza pula cerita berlaku di Indonesia apabila akaun TikTok @sushi.seafood memuatnaik sebuah video pengubahusaian motosikal, menggunakan cermin sisi begitu besar.

Video tersebut menunjukkan pemilik akaun dan rakannya menemui sebuah motosikal Yamaha Mio berwarna biru putih dengan pengubahsuaian yang unik.
“Hidup ni dah penat. Tengok kat tempat parking macam ni memang kelakar,” tulisnya.
Melalui video berkenaan, secara jelas kita dapat melihat bahawa cermin sisi motosikal itu sangat besar dan cembung.
Kedua-duanya segera menghampiri motosikal unik itu dan ketawa, malah rakan pemilik akaun melihat pengubahsuaian unik lain pada motor tersebut.
Katanya, terdapat komponen bulat yang boleh dipicit serta disambungkan kepada sesuatu, kerana terdapat kabel atau hos di hadapan badan motor.
Rupa-rupanya komponen itu adalah hon pada motosikal. Sebenarnya kawan kepada pemilik akaun tersebut telah cuba menekan dengan tangan, namun sayangnya hon tak berbunyi.
Seketika kemudian pemilik akaun segera meminta rakannya itu untuk memijak komponen tersebut dengan kakinya.
Serta-merta, kedengaran bunyi hon yang sangat kuat. Perkara itu membuatkan mereka ketawa terbahak-bahak.
Video berkenaan kini menerima lebih 1.2 juta kali tontonan, mendapat pelbagai komen daripada netizen. Ramai di antara mereka ketawa apabila melihat cermin sisi sebesar itu.
“Bila tengok cermin, boleh nampak daerah lain,” komen netizen.
“Ini sesuai untuk gadis yang suka tengok cermin sambil bersiap.”
- BACA: VIRAL TEKSI ANGKUT ALMARI DI BANGKOK – NETIZEN PERSOAL ISU KESELAMATAN
- BACA: VIRAL BUDAK 6 TAHUN PANDU KERETA – TERBABAS, LANGGAR TIANG LAMPU
- BACA: VIDEO VIRAL LELAKI SELAMBA TUNGGANG MOTOSIKAL REDAH AIR
- BACA: SI BULUS VIRAL KENA ‘USIR’ DARI KERETA API LAJU DI CHINA. TU LAA TAK BELI TIKET LAGI







