Buletin

ALFA ROMEO MILANO – SUV KOMPAK BANDAR BAHARU UNTUK SI MUDA BELIA

Pengeluar kenderaan dari Itali, Alfa Romeo telah memperkenalkan model SUV kompak baharu, Alfa Romeo Milano yang menampilkan rekaan sporty, kompak serta sentuhan Itali ketika pandangan pertama. Model serba baharu itu telah diperkenalkan di Ibu Pejabat Automobile Club Milano yang juga merupakan bandar tempat jenama Alfa Romeo diasaskan pada tahun 1910.

Berada dalam segmen yang bersaing terus dengan kebanyakan model dihasilkan dengan rupa yang sportyporty, Alfa Romeo Milani ini digambarkan sebagai model yang sporty dan unik, menggabungkan gaya yang menawan dengan teknologi paling canggih dari segi keselesaan, ketersambungan dan dinamik pemanduan.

Model yang kelihatan cukup garang dan sporty ini telah dihasilkan sendiri melalui Alfa Romeo Centro Stile di Turin untuk menggambarkan kecantikan dalam segmennya untuk mewujudkan hubungan emosi pada pandangan pertama dengan mentafsir semula ciri gaya jenama Alfa Romeo.

Oh ya, Alfa Romeo ini sebenarnya merupakan sebuah model BEV (battery electric vehicle) dengan penawaran dua varian, satu dengan kuasa 156 HP dan jarak perbatuan sehingga 410 km dan satu lagi adalah VELOCE 240 HP yang lebih sporty, lambang DNA prestasi tinggi Alfa Romeo.

Dari segi proposisi, ianya dilihat cukup tepat gambaran sebuah SUV kompak dengan ukuran panjang 4.17 m, lebar 1.78 m dan juga tinggi of 1.5 m.

Pada bahagian kabin, ianya menampilkan skrin sesentuh infohiburan berdiameter 10.25 inci untuk memaparkan pelbagai fungsi kepada pemandu dan penumpang. Pada bahagian corong ventilasi pendingin hawa, ianya menampilkan bentuk quadrifoglio sebagai simbol kecemerlangan Alfa Romeo.

Menyambut pemandu dan tempat duduk kerusi hadapan adalah, tempat duduk jenis bucket daripada Sabelt dengan dibaluti upholsteri mewah yang terbukti untuk menyokong pemandu dalam apa jua bentuk pemanduan tetapi masih lagi cukup ergonomik serta menggunakan struktur yang ringan dan jitu.

Walau pun mempunyai rekaan yang kompak, namun Alfa Romeo Milano ini mempunyai rekaan but yang cukup besar dalam kelasnya kira kira 400 liter. Malah, ianya turut mempunyai tempat penyimpanan Alfa Romeo cable organizer yang terletak di bahagian bawah but bagi menyembunyikan kabel pengecasan.

Untuk ciri keselesaan dan keselamatan pemanduan, Alfa Romeo Milano ini menawarkan fungsi, untuk membantu dengan kawalan membujur dan sisi kenderaan (pemanduan autonomi tahap 2). Juga ditawarkan adalah dengan penderia tempat letak kereta 360°, kamera belakang 180° memantau kawasan sekeliling, dan juga sistem tempat letak kereta separa autonomi yang inovatif dan praktikal.

Sebelum ini Alfa Romeo pernah menawarkan dua SUV dengan saiz yang lebih besar Tonale dan juga Stelvio. Tetapi model Milano ini barangkali lebih praktikal untuk dipandu di kawasan bandar buat ulang alik pergi kerja. Yang pasti, harganya pasti lebih murah berbanding dua saudara teratasnya itu.

BACA : ALFA ROMEO STELVIO QUADRIFOGLIO – SUV 510 HP, 2.9L V6 TURBO BERKEMBAR

BACA : ALFA ROMEO DEDAHKAN SEDAN CROSSOVER ELEKTRIK. BAKAL SAINGI BMW MERCEDES EQE, BMW i5

Google ads

B K

Back to top button