Motosikal

SUZUKI GSX-S950 DAPAT WARNA BAHARU BAGI TAHUN 2024

Suzuki telah mengemaskini Suzuki GSX-S950 dengan pilihan warna baharu bagi tahun 2024. 

Menurut kilang Hamamatsu, GSX-S950 kini mendapat tiga pilihan warna baharu termasuk silver dan dark red, Metallic Triton Blue serta ‘stealth all-black’. 

Bagaimanapun, selain dari warna tiada kemas kini dilaksanakan pada bahagian kelengkapan dan komponen lain termasuk enjin yang masih lagi dikuasakan unit empat silinder 998.6cc DOHC yang berupaya menjana 94hp dan 92Nm pada 6,500rpm. 

Untuk rekod, GSX-S950 ini dipacu nadi sama dari GSX-S1000 (enjin K5 dari GSX-R1000) namun dengan talaan berbeza selain sistem elektronik yang lebih asas antaranya hanya tiga mod ‘traction control’. Motosikal ini juga ketiadaan fungsi ‘quick shifter’ dan mod menunggang (riding mode). 

Namun, fungsi asas seperti Low RPM Assist didatangkan secara standard. 

Untuk rekod, Suzuki GSX-S950 ini masih belum ditawarkan di Malaysia. 

Google ads
Back to top button