Artikel Pilihan

BELI MCLAREN P1 DAN DAPATKAN KELAS PERCUMA SEHARI DARI MIKA HAKKINEN – HANYA UNTUK SEORANG PEMBELI BERTUAH

Bekas juara dunia F1 dua kali, Mika Hakkinen umumkan untuk jual McLaren P1 2013 milik beliau. Ia merupakan kereta ujian P1. Ia dikenali sebagai Validation Prototype (VP) dan hanya dihasilkan sebanyak tujuh unit. Supercar ini akan dilelong oleh Bonham di Monaci pada 10 Mei ini. Lebih istimewa pembelinya akan diberi tunjuk ajar cara memandunya oleh Hakkinen sendiri di mana-mana lokasi pilihan pembeli. Mentakab pun okey kan?

McLaren telah menghasilkan 375 unit P1 versi jalanan. Ia cukup susah untuk ditemui di pasaran terpakai apatah lagi jika ia milik pelumba F1 macam Hakkinen ni. Lebih istimewa sebab inilah satu-satunya P1 VP pernah dilelong dan siap dengan kelas memandu oleh salah seorang pelumba terbaik dunia.

Menurut maklumat lelongan. Supercar ini dikenali sebagai VP3 dan ia digunakan sebagai kereta utama dalam program ujian ketahanan awal P1. McLaren turut menyertakan buku khas yang mencatatkan segala maklumat kereta dan segala ujian yang pernah dilaluinya.

P1 ini merupakan McLaren pertama pernah dimiliki oleh Hakkinen dan ia ditempah khas mengikut spesifikasi Hakkinen. Aisey susah juga kalau pemilik baru lebih pendek dari Hakkinen.

Jumlah perbatuan tidak dicatatkan pada maklumat lelongan tapi rasanya tak ada siapa pun peduli. Mana ada orang bawa supercar hari-hari macam Axia. Nak pulak bekas pelumba dunia macam Hakkinen ni. Bukan satu je kereta dalam garaj beliau.

Anggaran harga USD2.2 juta mungkin tidak murah dan menyamai harga P1 standard tapi peluang mendapat tips pemanduan secara langsung dari bekas juara F1 bukan datang selalu.

Google ads
"
"
Back to top button