BuletinModifikasi

ALFA ROMEO MOLE COSTRUZIONE ARTIGIANALE 001 – MAK OI SUSAHNYA NAMA KAU!

Seperti biasa, ia adalah nama dari Itali. Nama-nama Itali ni bunyinya sedap disebut walaupun maknanya entah apa-apa. 

Abang Japar bagi satu contoh. “riso fritto all’uovo fritto” tahu apa maknanya? Nasi goreng telur hangit.

Tapi, frasa kata Bahasa Itali ni diguna meluas dan bagi sebuah kereta yang memang dari Itali, Alfa Romeo telah muncul pula tuner yang menghasilkan versi pelik daripada kereta yang memang sedia direka pelik.

BACA: SUV ALFA ROMEO YANG POWER

Apa yang anda lihat di sini ialah ciptaan terbaru Mole Automobile Itali yang dipanggil Alfa Romeo Mole Costruzione Artigianale 001.

Ia dibina berdasarkan casis Alfa Romeo 4C di mana penciptaan ini menghasilkan badan yang unik yang menggabungkan bahasa reka bentuk Alfa Romeo dengan lebih banyak garis supercar seperti di bahagian sisi dan belakang belakang yang nampak macam Zagato.

Berdasarkan foto ini juga, Mole Costruzione Artigianale 001 kelihatan jauh lebih lebar daripada Alfa Romeo 4C biasa.

Mole juga mengemaskini bahagian dalaman dengan papan pemuka kini dibalut kulit dan kawalan HVAC plastik bersama-sama dengan lubang udara yang diganti dengan bahan yang diperbuat daripada aluminium.

Tiada spesifikasi teknikal atau peningkatan kuasa didedahkan.

Alfa Romeo 4C biasa menggunakan enjin empat silinder 1,8 liter turbo dengan 237 kuasa kuda  dan 349 Nm tork.

Model Alfa Romeo Mole Costruzione Artigianale 001 akan membuat penampilan sulungnya pada 6 Jun di Salone Auto Torino di Itali.

GALERI

Google ads
Back to top button