Buletin

BISNES SENDU, ALFA ROMEO TUTUP SHOWROOM DI SINGAPURA BUAT SELAMA-LAMANYA

Rata-rata rakyat Singapura mungkin mengejar pelbagai kemewahan, misalnya memiliki beg tangan dan jam tangan mahal. Kereta juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan barangan mewah.

Tetapi, tidak ramai mempunyai keinginan memiliki kereta mewah. Salah satu pengeluar kereta mewah yang terkesan Ialah Alfa Romeo. Disebabkan jualan yang begitu perlahan dan tidak mencapai daya maju komersial, pengeluar kereta mewah Itali itu mengambil keputusan untuk menutup bilik pameran di Singapura untuk selama-lamanya.

Bersama-sama dengan pengumuman penutupannya, Alfa Romeo juga dilaporkan telah menamatkan perkhidmatan empat kakitangan jualan.

Berita itu nampaknya tidak mengejutkan salah seorang pekerja yang mengatakan bahawa “perniagaan tidak berjalan dengan baik.”

Pengedar itu juga menyebut ‘kondisi pasaran semasa’ sebagai salah satu sebab utama prestasi jualan mereka lemah. Walau bagaimanapun, pihaknya akan terus mengendalikan bengkel sebagai penyedia perkhidmatan bebas.

Namun begitu, satu lagi jenama dalam portfolio jenama itu, Lamborghini mencatatkan peningkatan jualan sebanyak AS$4.32 juta (RM20 juta). Lamborghini menghasilkan sehingga 77.2 peratus daripada jumlah jualan.

Google ads
Back to top button