Artikel Pilihan

ALKISAH OTT TANAK – JUARA BAHARU WRC 2019

Harus diakui, tahun ini merupakan tahun yang cukup gemilang buat Ott Tänak. Pemuda kelahiran Estonia itu benar – benar di kemuncak prestasi. Memenangi Kejuaraan World Rally Championship adalah sesuatu yang diidamkan buat mana – mana pelumba rali. Dan Ott Tänak telah pun melakukannya pada musim ini.

Ott Tänak telah dilahirkan 32 tahun yang di sebuah Pekan Kecil, Kärla Parish Estonia. Karier rali beliau sebenarnya bermula dengan agak cemerlang juga. Seawal usia 21 tahun, beliau telah berjaya merangkul Kejuaraan Estonian Rally Championship pada tahun 2008. Dan sekali lagi Tänak membuktikan kehandalan apabila berjaya memenangi sekali kejuaraan pada tahun 2009 bersama pasukan yang diketuai bekas pemandu WRC Markko Märtin.

Pada tahun 2009 juga Ott Tänak berjaya membuat kemunculan pertama di pentas WRC sewaktu perlumbaan di Portuga dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 20 keseluruhan. Dan dalam tahun yang sama juga Ott Tänak telah berjaya memenangi Pirelli Star Driver yang membolehkan beliau bersaing di pentas WRC sebanyak enam pusingan dalam kategori PWRC dengan memandu Mitsubishi Evo X.

Pada tahun 2011, Ott Tänak berpeluang untuk beraksi bagi kategori SWRC dengan memandu Ford Fiesta S2000. Prestasi beliau ketika itu cukup bagus apabila berjaya memenangi perlumbaan di Itali, Jerman, Perancis dan mendapat tempat kedua keseluruhan. Hasilnya, pada tahun 2012 beliau ditawarkan untuk bersama M-Sport Ford World Rally Team.

Disebabkan aksi yang kurang memberangsangkan pada tahun 2012 dengan hanya berada tempat kelapan keseluruhan, Ott Tänak terpaksa meninggalkan pasukan Ford dan kembali beraksi di Estonia sahaja. Namun benarlah rezeki tidak pernah salah alamat. Pada 2014 Ott Tänak kembali ke pentas WRC apabila dilamar menyertai pasukan DMACK World Rally Team dan beraksi dalam kategori WRC2. Beliau turut beraksi dalam beberapa pusingan WRC bersama pasukan M-Sport. Dan sehingga ke tahun 2017, Ott Tänak telah bertukar pasukan diantara DMACK dan M-Sport silih berganti. Pada hal pandu kereta Ford juga.

Pada tahun 2018 barangkali adalah anjakan paradigma yang sememangnya dinantikan oleh beliau sendiri. Dilamar oleh Tommi Makinen untuk menyertai Toyota Gazoo ramai yang menyatakan pasti beliau akan lebih perlahan untuk menyesuaikan diri dengan kereta baharu. Telahan tersebu ternyata salah apabila Ott Tänak berjaya mememangi empat perlumbaan serta dua lagi podium kedua. Cukup untuk meletakkan Ott Tänak ditempat ketiga keseluruhan saingan WRC di belakanag Thierry Neuville dan juga Sebastian Ogier

Dan untuk aksi tahun ini, rasanya tidak perlu dipertikaikan lagi. Enam podium kejuaraan serta 3 lagi kemenangan podium cukup untuk membolehkan Ott Tänak merangkul kejuaraan WRC bagi musim 2019. Warga Estonia pertama melakukannya serta berjaya menamatkan dominasi pelumba Perancis selama ini.

Untuk musim 2020, saingan pasti lebih sengit buat Ott Tänak. Apatah lagi Thierry Neuville kini merupakan rakan sepasukan. Apakah tahun hadapan hanya berkisar tentang Hyundai i20 WRC sahaja? Kita tunggu!

BACA : ALKISAH SEBASTIAN OGIER – JUARA WRC LIMA KALI BERTURUT

BACA : SKODA FABIA R5 – JAGUHAN RALI 2018

Google ads

B K

Back to top button