" "
Buletin

TOYOTA TAMPIL GARANG, TIGA JENTERA RAIH PODIUM DI S1K

Toyota GAZOO Racing Malaysia meraih kemenangan tempat ketiga selepas tiga kereta Toyota berada dalam lima kedudukan teratas secara keseluruhan di acara Sepang 1000KM Endurance Race (S1K).

Selepas sembilan jam yang mencabar di Litar Antarabangsa Petronas Sepang, bekas pemula GAZOO Racing, Amer Harris dan Nabil Azlan, membawa Yaris mereka melintasi garisan penamat dengan jumlah 169 litar diselesaikan – 5 litar lebih unggul berbanding pesaing terdekat mereka.

Sementara, juara bertahan S1K, pasukan Toyota GAZOO Racing Malaysia yang terdiri daripada Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel dan Naquib Azlan memastikan tempat ketiga miliknya.

Kekal konsisten berada dalam lima kedudukan teratas sejak S1K 2021, perlumbaan kali ini menyaksikan 13 kereta Toyota – terdiri daripada 11 Vios dan 2 Yaris, berjaya menamatkan saingan dengan baik.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K. Ravindran, menyifatkan kejayaan dalam acara S1K ini membuktikan prestasi dan pencapaian jenama Toyota dalam sukan permotoran.

“Ini membuktikan keupayaan sebenar model serta komitmen Toyota untuk membina kereta lebih baik,” katanya.

Tambah beliau lagi, “kebolehpercayaan telah menjadi ciri khas Toyota, secara progresif bergerak ke arah prestasi yang didorong oleh pencapaian dalam sukan motorsport secara global dan di peringkat tempatan.”

Menurutnya, meraih tempat ke-3 dalam S1K tahun ini juga merupakan kesimpulan terbaik untuk generasi Vios sebelum ini di mana Vios generasi ke-4 pula akan membuat debutnya dalam GR Vios Challenge musim ke-7 pada tahun 2024.

Google ads
Back to top button