Buletin

PENGERUSI TOYOTA BAHARU TAHU BETAPA SIBUKNYA TUGASAN SEBAGAI PRINSIPAL PASUKAN TOYOTA GAZOO RACING

Pengerusi Toyota Corporation, Akio Toyota akhinya sedar betapa sibuknya tugasan seorang Prinsipal pasukan Toyota Gazoo Racing dalam saingan FIA World Rally Championship (WRC) ketika beliau memangku tugasan tersebut ketika Secto Rally Finland baru baru ini.

Akio Toyota memangku tugasan sebagai Prinsipal pasukan sendiri ketika Prinsipal sebenar, Jari-Matti Latvala memutuskan untuk kembali memandu secara kompetetif di Secto Rally Finland dengan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 spesifikasi tahun 2022 yang mana menyaksikan Jari-Matti Latvala berjaya menduduk tempat kelima keseluruhan.

Sebagai pemangku seorang Prinsipal, Akio Toyota harus memikul tugasan seperti bekerja bersama untuk taklimat pasukan, menyusun strategi pasukan untuk pemandu dan juga berhubung dengan petugas media

Menurut Akio Toyota, “Sebagai ketua pasukan gantian kali ini, saya dapat menyedari bahawa setiap ahli pasukan melakukan kerja yang sangat sukar di setiap bahagian dan itu membuatkan saya menghargai semua orang sekali lagi”.

“Semasa Rally Finland, saya mempunyai empat pekerjaan sebagai ketua pasukan gantian. Tugas pertama ialah bercakap dengan ahli pasukan. Saya tidak dapat melihat pasukan dengan kerap, tetapi kami boleh menghubungi satu sama lain dengan kata-kata ini. Selepas perhimpunannya selesai, Kalle Rovanperä memberi banyak nasihat kepada Takamoto Katsuta. Ini menunjukkan kami adalah satu pasukan yang sebenar”.

Malah Pengerusi Toyota tersebut menzahirkan ucapan terima kasih beliau terhadap Prinsipal Pasukan Jari-Matti Latvala yang telah membina dan mengetuai pasukan yang sudah tentunya menjadi tumpuan semua orang apatah lagi dengan reputasi yang dimiliki oleh Toyota Gazoo Racing.

Sementara itu, Jari-Matti Latvala yang menampilkan aksi cemerlang di Finland tempohari tampaknya akan sedikit sibuk dengan pemanduan stereng jentera rali selepas ini.  Beliau akan memandu jentera Toyota Celica GT-4 miliknya sendiri di Lahti Historic Rally (beliau berjaya memenangi perlumbaan tersebut yang mana ianya turut disertai oleh bapanya Jari Latvala juga memandu jentera yang sama) dan kemudiannya akan beralih ke jentera Toyota GR Yaris Rally2 di Jepun pada awal bulan hadapan.

“Ianya akan penuh dengan aksi pemanduan sekarang. Sudah pastinya saya tidak berapa biasa dengan keadaan sebegini. Saya akan pastikan untuk kekal cergas dan fokus”, ujar Jari-Matti Latvala

BACA : PRESIDEN TOYOTA MENGESAHKAN KOMITMEN MEREKA UNTUK KEKAL BERSAMA WRC UNTUK JANGKA MASA PANJANG

BACA : TOYOTA GR YARIS RALLY2 BAKAL BERAKSI DI ERC & WRC

Google ads

B K

Back to top button