Buletin

SUBARU BAKAL KEMBALI KE WRC DENGAN BANTUAN TOYOTA

Setelah menarik diri dari perlumbaan World Rally Championship (WRC) kerana krisis kewangan global pada 2008, laporan baru-baru ini mendedahkan bahawa Subaru bakal kembali beraksi.

Perkara tersebut disahkan oleh Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem.

“Subaru tidak lama lagi akan menyertai semula siri perlumbaan terutamanya Eropah. Ia mungkin melakukannya dengan bantuan Toyota,” katanya.

“Bukan satu rahsia saya mengadakan pertemuan dengan Encik Akio Toyoda. Saya bertanya kepadanya apa yang boleh kami lakukan (tentang menarik lebih banyak pengeluar ke WRC) dan dia menyebut Subaru,” tambah Ben Sulayem.

Sokongan Toyota bakal menjadi sangat penting untuk Subaru kerana mereka bentuk kereta untuk berlumba di WRC adalah hal sukar.

Sebagai permulaan, pengeluar kereta berkenaan perlu membuat casis baharu, kerana semua pasukan dikehendaki menggunakan casis khas bagi tujuan keselamatan.

Isu lain ialah enjin. Kereta mengambil cabaran WRC memerlukan enjin pengecas turbo 1.6 liter dengan unit hibrid, dan Subaru sebenarnya tidak mempunyai apa-apa yang sepadan dengan piawaian tersebut. Walau bagaimanapun, Toyota melakukannya.

“Saya melihat tanda-tanda positif daripada pengerusi Toyota dalam meyakinkan Subaru untuk kembali,” kata Ben Sulayem.

Google ads
Back to top button