Buletin

ALKISAH SKODA DAN KERETA POLIS

Pengeluar terkemuka dari Republik Czech Skoda Auto sememangnya pengeluar kenderaan yang cukup terkemuka. Malah, Skoda Auto juga merupakan pembekal kenderaan Polis kepada Republik Czech sendiri dengan lebih 20,000 unit telah diserahkan semenjak dari tahun 1993 lagi.

Akan tetapi Skoda Auto juga sebenarnya merupakan pembekal untuk kenderaan Polis di beberapa negara melalui rangkaian model kenderaan mereka yang pelbagai. Di Republik Czech sendiri, ada beberapa model Skoda seperti Kodiaq dan juga Superb yang dijelmakan sebagai Kereta Polis. Menariknya, Kereta Polis ini telah dilengkapi dengan ciri khas termasuklah bingkai tiub besar bagi melindungi anggota semasa aksi kejar mengejar PIT (pursuit intervention technique).

United Kingdom

Pada tahun 2020, Skoda telah menghantar 491 Octavia Superb dan juga Kodiaq kepada pasukan keselamatan di Britain. Dan terkini, Polis British telah menggunakan Skoda Enyaq iV yang lebih moden dengan keupayaan bergerak sehingga 535 km dengan sekali cas serta keupayaan mengecas dari kosong sehingga 80% hanya dalam tempoh kurang 40 minit.

 New Zealand

Škoda juga telah memenangi tender untuk membekalkan kenderaan Polis kepada New Zealand dengan membekalkan sehingga 355 kenderaan, dengan 450 hingga 500 kenderaan lagi tahun berikutnya. Antara model yang dibekalkan termasuklah Superb Combi, Skoda Kodiaq serta kemungkinan Skoda Superb iV.

Finland

Jenama Skoda ini juga turut dijadikan sebagai Kereta Polis untuk negara yang juga terkenal dengan Tanah Seribu Tasik selama beberapa tahun. Kira-kira 180 kereta digunakan untuk Kereta Polis, manakala pentadbiran polis juga mempunyai 32 kereta “awam” tanpa peralatan Polis seperit siren misalannya. Model Skoda yang digunakan di Finland meliputi Skoda Octavia dan juga Superb yang dilengkapi dengan  memasang radar, kamera, radio khas dan, sudah tentu, suar dan pelekat.

Itali

Di semenanjung Apennine yang cukup terkenal dengan pemandangan indah pergunungan, anda boleh menjumpai beberapa ratus Skoda Octavia dan juga Superb yang menggunakan livery polis. Polis Itali telah menggunakan model jenama Skoda semenjak dari tahun 2012.

Antara ciri menarik yang terdapat pada Kereta Polis ini adalah rekaan khas tempat menyimpan submachine gun diantara kerusi penumpang hadapan, tempat simpan peralatan khas di ruangan kargo serta sistem komunikasi maju dan juga GPS.

BACA : KOLEKSI KERETA POLIS JEPUN YANG COOL

BACA : KERETA POLIS PALING PERLAHAN, PALING LEMAH DI DUNIA

Google ads

B K

Back to top button