Artikel Pilihan

KOLEKSI KERETA POLIS JEPUN YANG COOL

Umum sememangnya mengetahui Jepun adalah antara pengeluar kereta yang cool bagi mereka yang berkiblatkan JDM. Maka sudah tentu jugalah Kereta Polis di sana juga tidak kurang cool juga. Nissan R35 adalah hierarki tertinggi dalam susunan Kereta Polis di sana. Tapi sebenarnya masih ada lagi beberapa model yang boleh dianggap cool sebagai Kereta Polis Jepun.

Nissan R34 Skyline GT-R

Sebelum dirampas tahta, inilah dia model yang dianggap sebagai King bagi Kereta Polis Jepun. Nissan R34 Skyline GT-R dengan enjin lagenda RB26DETT. Model yang mendapat gelaran Godzilla ini sememangnya cukup popular serata dunia apabila turut pernah membintangi siri Fast & Fu rious. Kalau dah kena kejar, ada baiknya berhenti tepi sahajalah. Melainkan kau juga pandu model yang serupa.

Honda NSX

Bayangkan kereta serendah ini turut dijadikan sebagai Kereta Polis. Tapi bukanlah untuk digunakan di kawasan bandar. Sebaliknya Honda NSX ini pernah digunakan sebagai Peronda Lebuhraya. Khabarnya model Supercar ini didermakan sendiri oleh Honda dan ianya sudah tentu digunakan untuk mengejar kereta kereta yang telah diubahsuai di sana. Mana mau lari hah? Tapi kalau dapat tangkap, nak bubuh mana penjahat? Atas bumbung?

Subaru Impreza WRX STi

Untuk mengejar penjahat yang menggunakan laluan penuh berliku sudah tentu Polis memerlukan sebuah kereta yang terbukti lasak dan cukup laju. Maka, barangkali inilah dia jawapan sebenar kepada persoalan tersebut, sebuah model Subaur Impreza WRX STi. Model yang turut popular dalam dunia rali ini tampak cukup ideal untuk digunakan di kawasan suburban. Baru feel dia serupa melalui Power Stage.

Nissan R33 Skyline GT-R

Nampaknya sekali lagi jenama Nissan memasuki carta untuk artikel ini. Bayangkan betapa kuatnya pengaruh Skyline ini. Tapi sebenarnya model ini agak rare. Mesti ramai yang tidak perasan bahawa model ini GT-R ini sebenarnya empat pintu. Jadi senanglah nak mengusung penjahat di tempat duduk belakang. Model edisi khas ini dibina dalam kuantiti yang cukup terhad oleh tuner Autech sempena Ulang Tahun ke 40. Memang rare bila jadi Kereta Polis ni.

Mitsubishi Gallant VR4

Paras rupa kereta sedan ini barangkali langsung tidak kelihatan cool untuk dijadikan sebuah Kereta Polis. Tapi mengenali Mitsubishi pra Evo, inilah dia model VR4 yang menjadi idaman buat anak muda yang inginkan sebuah kereta sedan yang laju. Apatah lagi DNA rali yang sedia ada mengalir dalam tubuh Mitsubishi Gallant VR4 ini. VR4 atau nama penuh dalam IC, Viscous Realtime 4wd dilengkapi dengan enjin 2.5 pendesak turbo berkembar ini mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 241 km/j menjadikan Kereta Polis ini juga sememangnya cool.

BACA : KOLEKSI KERETA POLSI JERMAN YANG PALING COOL

BACA : KERETA YANG SEDAP UNTUK DIJADIKAN KERETA POLIS

Tags
Google ads
Back to top button