Motosikal

HUSQVARNA SVARTPILEN 801 2024 DIRASMIKAN – PARALLEL-TWIN 799CC, 105HP

Husqvarna dengan rasminya melancarkan model paling berkuasa pernah dibangunkan menerusi Svartpilen 801. 

Buat julung kalinya, Husqvarna Svartpilen menampilkan enjin dua silinder menggantikan versi 701 sebelum ini. 

Mengimbas lampiran spesifikasi, Svartpilen 801 hadir dengan kerangka jenis ‘steel tubular’ dengan enjin sebagai beban utama, suspensi WP Apex dan enjin parallel-twin 799cc yang dipinjamkan dari KTM 790 Duke. 

Bagaimanapun, Svartpilen 801 ini lebih berkuasa dengan 105hp  pada 9,250rpm – 11hp lebih dari 790 Duke – dan 86Nm. 

Sementara itu, suspensi WP APex menawarkan jarak gerak 140mm di depan dan 150mm di belakang dan dipadankan bersama ‘subframe’ serta ‘swingarm’ jenis aluminium. 

Pakej brek pula terdiri dari kaliper brek jenama J.Juan dengan cakera brek 300mm depan dan 240mm belakang. Turut ditawarkan adalah klac slipper dari PASC bersama tangki berkapasiti 14-liter. 

Walaupun berkongsi beberapa kelengkapan dari KTM 790 Duke namun Svartpilen 801 ini lebih rendah dengan garak kelegaan tanah diletakkan pada 174mm sementara ketinggian tempat duduk pula adalah sekitar 820mm. 

Selain itu, antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk panel meter TFT 5-inci, ‘handlebar’ boleh laras, tayar Pirelli MT60 RS serta Husqvarna Easy Shift (quickshifter). Cornering ABS dan traction control turut didatangkan secara standard. 

Seperti model Duke, Svartpilen 801 ini juga menawarkan Supermoto Mode yang menyahaktifkan ABS pada tayar belakang. Ciri lain turut ada termasuk ‘cruise control’, ‘anti-wheelie’, dan ‘slip-regulation’ – berfungsi melembutkan nyahpecutan (deceleration) dengan mengurangkan ‘engine drag torque’ apabila dikesan terlalu tinggi. 

GALERI: HUSQVARNA SVARTPILEN 801 2024

Google ads
Back to top button