Artikel Pilihan

ANGKUP BREK (BRAKE CALIPER) DAN PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANGNYA

Brek kaliper/ angkup brek (caliper brake) merupakan komponen utama di dalam Sistem Brek. Ia berfungsi sebagai perumah bagi unit Piston dan juga Brake Pad.  Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, izinkan saya berkongsi tentang jenis-jenis Brake Caliper terlebih dahulu. 

Brake Caliper terdiri daripada 2 jenis. Jenis “Floating” dan juga “Fixed”.

FLOATING CALIPER

Floating Caliper atau dikenali juga sebagai Sliding Caliper mempunyai dua bahagian di mana bahagian Caliper pertama diikat secara tetap pada hub. Satu lagi bahagian diikat pada Caliper pertama menggunakan Sliding Pin yang membolehkannya bergerak ke depan dan belakang.

BACA: SEGALANYA TENTANG BREK ROTOR

Model Caliper ini mempunyai piston di bahagian dalam (Caliper pertama). Kebiasaannya bagi model Caliper ini hanya mempunyai satu atau dua piston sahaja. Pistonnya pula hanya terletak di bahagian dalam sahaja.

Floating Caliper berfungsi dengan cara apabila tekanan diberikan, piston akan menekan Brake Pad di sebelah dalam. Disebabkan tekanan yang sama juga, bahagian Caliper kedua akan tertarik kedalam dan seterusnya menekan Brake Pad ke unit rotor. Model Floating Caliper ini digunakan secara meluas pada kenderaan awam kerana rekaannya yang mudah, ringan dan murah. Sebagai contoh, supercar Malaysia yakni Perodua Myvi menggunakan Floating Caliper.

FIXED CALIPER

Fixed Caliper pula lain bebenor sifatnya di mana keseluruhan komponen ini diikat secara tetap pada hub atau braket. Untuk mengenali Fixed Caliper ini tidaklah susah. Ia mempunyai piston di kedua-dua belah luar dan dalam unit Caliper.

Model ini mampu memuatkan dari 2 hingga 12 piston, terpulang kepada anda mahu pilih yang mana. Sistemnya amat mudah, apabila tekanan diberikan, kedua dua belah piston luar dan dalam akan menolak unit Brake Pad ke rotor. Model ini akan memberikan rasa yang selesa di pedal brek ketika menekan brek berbanding dengan Floating Caliper.

Untuk lebih memudahkan anda, contoh Fixed Caliper adalah seperti unit aftermarket Brembo, Endless, AP Racing, Wilwood dan banyak lagi. Haaa, tu jenis Fixed Caliper lah tu.

Kebanyakan pengeluar kenderaan mewah dan berprestasi sekarang sudah menggunakan Fixed Caliper bagi model kenderaan mereka. Contohnya Nissan GTR, Mitsubishi Evolution X, Porsche Boxster dan banyak lagi. Cuma tu lah. Mahal. Barang ori memang mahal, yang tiruan murah dan memang banyak di pasaran sekarang. Hati-hati ye.

BACA: RAHSIA MINYAK BREK (BRAKE FLUID)

Baiklah, harapnya anda semua faham konsep asas Brake Caliper. Sekarang kita ke topik yang berat sikit.

Secara umumnya, kita ketahui yang Brake Caliper dibuat daripada aluminium kerana sifatnya yang ringan dan tahan panas. Tetapi, di zaman sekarang ini teknologi telah meluas. Pihak pengeluar brek seperti AP Racing, Brembo dan Endless mempunyai ramuan sendiri dalam menghasilkan Brake Caliper yang lebih kuat, lebih ringan dan lebih tahan panas.

BACA: SEGALANYA TENTANG FUEL PUMP

Segalanya lebih lah senang cerita. Sama juga seperti piston didalamnya, biasanya alumunium, sekarang diorang banyak dah pakai Stainless Steel dan ada juga yang pakai Titanium ! Fuhh padu bossku.

Sekarang kita cerita tentang Fixed Caliper ye. Floating Caliper punya cerita dah habis.

Alumunium mula digunakan menggantikan besi pada tahun 1984 sebagai material Brake Caliper. Sebabnya adalah mudah. Ringan.

Modelnya pula terbahagi kepada dua iaitu 2-Piece atau Monoblock. Kebanyakan Brake Caliper yang kita nampak di kenderaan seperti Porsche, Subaru atau Mitsubishi terdiri daripada jenis 2-piece. Jenis 2-piece ini mempunya dua bahagian Caliper yang diikat menggunakan bolt bagi mendapatkan satu unit Caliper yang lengkap.

BACA: INJEKTOR LEBIH BESAR, KERETA LAGI POWER?

Jenis Monoblock pula direka sebagai satu unit sahaja dan melalui proses yang kompleks dan sukar. Contoh, Brake Caliper yang terdapat pada Nissan GTR R35 merupakan sebuah unit Monoblock. Tidak seperti rotor, bagi Brake Caliper, unit Monoblock harganya lagi mahal daripada 2-Piece. Hal ini kerana proses pembuatannya yang sukar, lebih ringan dan lebih kuat daripada unit 2-piece.

Daripada unit 2-piece dan Monoblock ini pula, terdapat dua proses pembuatan sesebuah Caliper sama ada menggunakan teknik “Cast” atau “Forged”.

Kenapa? Tujuannya adalah untuk mendapatkan produk akhir yang lebih kuat, lebih ringan dan lebih tahan. Untuk model “Forged”, tidak ada lagi pengeluar kenderaan yang menggunakan model brek yang dibuat dari teknik ini.

Model-model Forged biasanya dijual sendiri oleh pihak Pengeluar Brek. Pengeluar seperti AP Racing, Brembo dan Endless ada menjual model-model ini secara terbuka di laman sesawang mereka. Berikut saya berikan contoh :-

Forged 2-Piece

  • Brembo GT
  • Endless 6, Micro 6, Compact Mini
  • AP Racing CP9040 Forged Family
  • Wilwood GN6R

Forged Monoblock

  • Brembo GTR
  • Endless Mono6 & Mono6 GT
  • AP Racing CP6056 Grand AM
  • Wilwood TX6R

Banyak lagi di pasaran sebenarnya dan harganya punya sangat-sangat mahal. Contoh, Endless Mono6 GT Brake Kit dijual dengan harga lebih kurang RM90,000. Marilah berhuhu. Belum lagi cerita yang lagi high end seperti AP Racing CP6077 Radi-CAL. Siap ada air duct sendiri untuk tujuan penyejukan. Pistonnya pula dari Titanium.

BACA: KERS: TEKNOLOGI HYBRID TERMAJU DI DUNIA

Harganya dapatlah kot sebuah rumah.  Oh ya, lupa nak bagitahu. Nissan GTR Brembo Caliper merupakan jenis Cast Monoblock dan Brembo yang biasa ada dkt Porsche dan kenderaan pengeluar lain terdiri dikenali sebagai Brembo OE.

Sebenarnya, tak kira Forged atau Cast, 2-piece atau Monoblock, Fixed atu Floating. Pastikan anda gunakan komponen brek yang tulen. JANGAN SEKALI-KALI pakai yang tiruan. Pernah terjadi depan mata saya sendiri nampak Brake Caliper bercerai menjadi dua. Bahaya bossku. Cuba bayangkan nak masuk turn 15 kat Sepang tiba-tiba Brake Caliper pecah. Ke Jannah terus kang.

Mitos antara Monoblock dan 2-Piece ini juga masih menjadi perdebatan sehingga sekarang. Tapi seperti yang kita tahu, di dalam perlumbaan, sebolehnya hendaklah dibuang berat-berat yang tidak patut. Jadi, mana yang lebih ringan lah menjadi pilihan pasukan-pasukan perlumbaan.

Sekarang, penggunaan High Grade Alumunium seperti A356.0 T61, A356.2 T6 dan 7075 T73 bukan lah asing bagi pihak pengeluar. Tapi tu lah, harganya hanya mampu tengok. Haha

Jadi inilah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan kepada anda semua. Harap kita semua mendapat manfaat.

 

Google ads
Back to top button