Artikel Pilihan
KERS: TEKNOLOGI HYBRID – ELEKTRIK YANG BAKAL MENGUBAH DUNIA
KERS merupakan singkatan kepada Kinetic Energy Recovery System. Ia membawa maksud dimana tenaga kinetik yang disimpan ketika membrek digunakan kembali untuk menghasilkan kuasa bantuan kepada enjin.
Tenaga ini disimpan di dalam reservoir. Unit reservoir boleh terdapat di dalam bentuk bateri atau special flywheel. Jadi, secara umumnya, kenderaan yang dilengkapi dengan sistem KERS ini diklasifikasikan juga sebagai kenderaan hybrid. Sistem ini terdiri daripada komponen seperti unit CVT(Continuously Variable Transmission), unit Klac, unit Epicyclic Gearbox dan Special Flywheel.
Sistem KERS terbahagi kepada dua iaitu Elektrikal dan Mekanikal dan kedua-dua sistem ini mempunyai perbezaan dari segi cara penyimpanan tenaga. Bagi model Electrical KERS, ia menggunakan Electromagnet untuk menukar tenaga kinetik(Kinetic Energy) kepada tenaga keupayaan(Potential Energy) dan pada akhirnya ditukar menjadi tenaga kimia (Chemical Energy) dan disimpan di dalam Bateri.
Ia kemudiannya kembali menghantar tenaga yang disimpan tadi ke enjin dengan menjana unit Motor Elektrik. Akan tetapi, sistem Electrical KERS ini mempunyai kelemahan dimana unit Bateri yang digunakan untuk menyimpan tenaga amat berisiko untuk terbakar dan menyebabkan renjatan elektrik. Hal ini dibuktikan apabila pada tahun 2008, Juruteknik bagi pasukan BMW Sauber cedera akibat terkena renjatan elektrik yang berpunca daripada Sistem KERS ketika sesi pandu uji di Litar Jerez, Sepanyol.
Bagi model Mechanical KERS pula, ia berfungsi dengan menjana tenaga ketika membrek dan menggunakan tenaga yang dihasilkan daripada brek dengan memusingkan unit Flywheel. Dalam sistem ini, Unit Flywheel bertindak sebagai reservoir. Ketika diperlukan, konsep penghantaran kuasanya sama sahaja seperti Sistem Electrical KERS cuma ianya lebih efisyen kerana tidak memerlukan banyak perubahan tenaga. Tenaga yang dihasilkan adalah lebih direct. Oh ya, Unit KERS boleh menjana kuasa tambahan sebanyak 80bhp sehingga lebih kurang 7 saat ketika digunakan. Di dalam perlumbaan, angka ini memainkan peranan yang amat besar.
KERS & F1
Unit KERS memainkan peranan penting di dalam Formula One apabila Lewis Hamilton daripada pasukan Vodafone McLaren Mercedes memenangi Hungarian Grand Prix pada tahun 2009 dengan kereta yang dilengkapi sistem KERS. Kemuncak pencapaian sistem ini adalah ketika Kimi Raikkonen memenangi Belgian Grand Prix dengan Ferrari yang dilengkapi dengan unit KERS. Beliau berjaya memotong Giancarlo Fisichella pada saat akhir dengan bantuan KERS. Ketika ini model F1 masih dilengkapi dengan enjin 2.4 liter V8 dan dihadkan pada 18,000RPM.
Pada tahun 2014, pihak F1 telah mengubah syarat tetapan enjin dimana setiap pasukan mesti menggunakan enjin beraesaran 1.6 liter dan rev dihadkan pada 15,000RPM. Ketika ini lah Sistem KERS berevolusi dan dikenali sebagai ERS(Energy Recovery System). Ianya merupakan sistem yang lebih maju dengan komponen yang terdiri daripada dua unit motor yang dikenali sebagai MGU-H dan MGU-K. Ditambah dengan Energy Store(ES) dan unit Control Electronics(CE). Jika KERS mampu menjana 80bhp, unit ERS ini pula mampu menjana sehingga 160bhp! Dua kali ganda.
KERS & Production Car
Pada tahun 2013, pihak Ferrari telah mengeluarkan model yang dikenali sebagai LaFerrari. Model ini dijana oleh enjin bersesaran 6.3Liter V12. Ianya dilengkapi oleh unit HY-KERS yang dibekalkan oleh pihak Magneti Marelli. Enjinnya mampu menghamburkan kuasa sebanyak 789hp pada 9,000 RPM dan torque sebanyak 700Nm. Unit HY-KERS pula menjana tenaga sebanyak 161hp. Ketika HY-KERS diaktifkan, gabungan kuasa yang terhasil adalah sebanyak 950hp dan Torque sebanyak 900Nm. Hahahahahaha. Gila !
Kesimpulannya, sistem ini konsepnya lebih kurang dengan sistem hybrid kenderaan konvensional tetapi dengan tujuan yang berbeza. Sebagai contoh, Mazda dengan teknologi I-ELOOP mereka dimana konsepnya sama dengan menggunakan Regenarative Brake System. Cuma kegunaannya adalah untuk memberikan kuasa elektrik yang cukup kepada kenderaan.
Sekian, Terima Kasih
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd