Buletin

APABILA PRINSIPAL PASUKAN WRC SENDIRI MERASAI PENGALAMAN DUDUK DI KERUSI SEBELAH PEMANDU. WOW!

Kesemua Prinsipal pasukan utama yang beraksi dalam FIA World Rally Championship (WRC) musim ini melahirkan rasa teruja dan kagum sementelah berpeluang merasai sendiri pengalaman duduk di dalam jentera rali masing – masing bersama pemandu utama mereka di Safari Rally Kenya yang sedang berlangsung sekarang ini.

Ketiga – tiga Prinsipal pasukan yang terdiri daripada Cyril Abiteboul, Richard Millener dan juga Jari-Matti Latvala kebiasaannya sibuk merencana strategi pasukan masing – masing berpeluang merasai bagaimana sensasinya berada di sebelah kerusi pemandu ketika sesi Shakedown di Loldia yang dibuat pada pada hari Rabu (27/3).

Cyril Abiteboul yang beralih daripada sukan Formula 1 untuk menyertai pasukan Hyundai Motorsport pada tahun lepas mengakui ianya suatu pengalaman yang menakjubkan ketika berada di sebelah kerusi pemandu, Ott Tanak buat pertama kalinya bersama jentera Hyundai i20 N Rally1.

“Itu di luar imaginasi,” kata lelaki Perancis itu. “Itu sahaja yang boleh saya katakan. Saya tidak faham tentang bagaimana mereka boleh menjangka sudut mana yang akan datang, itu sangat mengejutkan. Saya telah melakukan beberapa perkara dalam hidup saya, saya sangat bertuah untuk melakukan beberapa perkara yang menakjubkan, tetapi itu hanya pada tahap yang lain,” ujar Cyril Abiteboul.

Manakala Prinsipal pasukan M-Sport Ford Richard Millener yang sememangnya sudah tidak asing lagi dalam sukan rali sementelah beliau kerap beraksi dalam perlumbaan di UK sebelum memutuskan untuk memegang peranan orang di belakang tabir turut terkejut dengan kepantasan yang dimiliki oleh jentera Ford Puma Rally1.

“Apabila pemandu kembali dan mengatakan bahawa mereka telah merosakkan kereta akibat daripada perlanggaran, saya kini faham mengapa,” ujar Richard Millener secara berseloroh selepas cukup gembira untuk berada di sebelah Andrien Fourmaux.

“Tetapi perkara yang gilanya, jika anda tidak memandu selaju itu, anda tidak cukup pantas”, tambahnya lagi.

Walaupun Jari-Matti Latvala pernah mencatatkan 18 kemenangan di pentas WRC, namun beliau tetap kagum dengan pemandunya Elfyn Evans.

“Saya sudah biasa memandu laju, tetapi saya tidak boleh melakukan apa yang dia Elfyn Evans lakukan sekarang. Maksud saya, keyakinan, komitmen, prestasi jentera, apabila kesemuanya dimiliki bersama ianay adalah suatu perasaan yang menakjubkan. Wow!” ujar Prinsipal pasukan Toyota Gazoo Racing itu.

Safari Rally Kenya sedang berlangsung sekarang dengan berpusat di Nairobi membabitkan 19 SS yang cukup mencabar dengan laluan berdebu dan juga berlumpur.

BACA : APA NASIB PASUKAN M-SPORT FORD MUSIM 2024 NANTI?

BACA : KENYATAAN PENUH DARIPADA PRINSIPAL PASUKAN HYUNDAI MOTORSPORT – CYRIL ABITEBOUL

Google ads

B K

Back to top button