Buletin

ARAB SAUDI BAKAL LANCAR JENAMA EV CEER TAHUN 2025. KERJASAMA DENGAN FOXCONN DAN BMW

Peralihan kepada kenderaan elektrik berlaku lebih pantas daripada jangkaan kebanyakan orang. Bahkan negara yang terkenal dengan pengeluaran minyak, Arab Saudi mengumumkan bahawa ia akan melancarkan jenama kereta elektrik hasil kerjasama dengan Foxconn dan BMW.

Sebelum ini, Arab Saudi telah melabur  begitu banyak wang ke dalam Lucid Motors yang merancang untuk membina sebuah kilang di sana. Pelaburan itu dibuat melalui dana kekayaan negara Arab Saudi (PIF).

Kini melalui dana yang sama, mereka mengumumkan bakal melancarkan jenama EV sendiri yang dikenali sebagai Ceer.

PIF mengesahkan akan ada kerjasama bersama Foxconn untuk menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya. Foxconn yang berpangkalan di Taiwan baru-baru ini dengan jelas merancang untuk menjadi pengeluar utama kenderaan elektrik.

Tetapi daripada menjualnya sendiri, Foxconn menjelaskan mereka lebih berminat untuk mengeluarkan EV untuk jenama lain.

Di bawah perjanjian PIF baharu, hasrat Foxconn untuk jadi pengeluar jenama lain akan tercapai dengan pengeluaran Ceer. EV Ceer akan dihantar pada tahun 2025 namun masih tiada penjelasan terperinci mengenai pasaran sasaran mereka.

Kedua-dua syarikat itu juga mengumumkan bahawa mereka merancang untuk melesenkan teknologi daripada BMW.

PIF Arab Saudi yang membiayai usaha tersebut memberitahu ia akan mengambil lebih AS$150 juta (RM172 juta) pelaburan langsung asing. Projek Ceer dijangka menyumbang secara langsung AS$8 bilion (RM38 bilion) kepada KDNK Arab Saudi menjelang 2034.

Bulan lalu, Arab Saudi mengumumkan bahawa mereka menyasarkan untuk mengeksport 150,000 EV pada 2026 yang kebanyakkannya datang dari Lucid serta jenama EV sedia ada.

Google ads
"
"
Back to top button