
HONDA TUTUP KILANG SAYAMA. MAHU FOKUS HASILKAN EV
Honda mengumumkan bahawa iaakan menutup sebuah kilang pemasangan di Jepun sebagai sebahagian daripada usaha penstrukturan sumbernya.
Kilang Sayama akan ditutup pada Mac kerana Honda kini mengubah hala tuju untuk membangun dan menghasilkan kereta elektrik di kilang baharunya di Yorii.
Buat masa sekarang, kilang-kilang Honda di Jepun hanya berfungsi pada kapasiti 76 peratus. Model-model yang kini dipasang di kilang Sayama seperti Odyssey, Accord Hybrid dan Acura RLX akan dihasilkan di kilang Yorii atau Suzuka yang memasang HR-V, Fit serta beberapa model lain.
Fasiliti Sayama sebelum ini mampu menghasilkan kira-kira 250,000 unit kenderaan setiap tahun. Ia menyumbang kepada kapasiti produksi domestik sehingga 1 juta unit kenderaan yang dihasilkan di Sayama, Yorii dan Suzuka.
Dengan penutupan kilang Sayama, kapasiti produksi Honda menurun kepada 800,000 unit setahun yang disumbangkan oleh kilang Yorii, Suzuka serta Honda Auto Body yang terletak di Wilayah Mie.
Honda sebelum ini menyatakan komitmen untuk memastikan dua pertiga jualan di peringkat global menjelang tahun 2030 adalah melibatkan model hibrid dan elektrik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Takahiro Hachigo, kilang Yorii akan menjadi kemudahan pengeluaran utama untuk pasaran seluruh dunia. Selain bertindak sebagai template untuk kilang-kilang di lokasi lain.
Selepas memberi tumpuan dalam menghasilkan kenderaan kecil yang menjimatkan bahan api selama bertahun-tahun, Honda akhirnya menubuhkan sebuah satu divisyen khas untuk membangunkan kereta elektrik.
Pada acara pameran motor antarabangsa Frankfurt, Honda mendedahkan sebuah model konsep elektrik urban yang dibina di atas sebuah platform serba baharu. Honda juga dijadual memperkenalkan model konsep Sport EV pada acara Tokyo Motor Show akan datang.
- BACA: HONDA TUTUP KILANG DI FILIPINA. JUALAN BR-V & CITY TIDAK CUKUP UNTUK TAMPUNG OPERASI
- BACA: HONDA BAKAL HENTI PRODUKSI CLARITY. TUTUP KILANG SAYAMA TAHUN DEPAN
- BACA: KILANG HONDA PRACHINBURI, THAILAND GUNA TEKNOLOGI ARC. LEBIH EFISIEN DAN MESRA ALAM
- BACA: KILANG HONDA DI MELAKA SEMAKIN CANGGIH. KINI PASANG IPU SISTEM HIBRID i-MMD, INNER FRAME & SPRAY FOAM UNTUK CITY GEN-5









