BuletinMotosikal

ARRC 2019: AKID NEKAD RAMPAS GELARAN DI SEPANG

SHARE

Juara Underbone 150cc 2017, Md Akid Aziz meletakkan sasaran untuk meraih kemenangan di hadapan penyokong sendiri pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang bermula 8 hingga 10 Mac ini.

Keyakinan pelumba UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team itu meningkat setelah mengungguli sesi ujian pra-musim dengan catatan terpantas 2’34.016s mengatasi catatan Wahyu Aji Trilaksana (ONEXOX TKKR SAG Racing Team) dengan perbezaan 0.142s.

“Minggu ini saya meletakkan sasaran untuk memenangi kedua-dua perlumbaan walaupun tidak biasa dengan aksi litar di Sepang ini. Jentera juga keadaan baik sepanjang dua hari sesi ujian pra-musim,” jelas Akid.

“Cuma kalau boleh, saya taknak ada masalah yang mengganggu aksi saya seperti tahun lalu. Saya tak mahu ada masalah enjin, motosikal ataupun mekanikal lain pada tahun ini.

Akid terlepas gelaran keseluruhan kepada rakan senegara, Md Helmi Azman yang beralih ke kelas SuperSports 600cc pada musim ini apabila sekadar menamatkan musim di tangga kelima keseluruhan.

“Tahun ini sasaran saya adalah untuk memenangi semula gelaran keseluruhan yang dimenangi pada tahun 2017. Jadi perlumbaan minggu ini sangat penting untuk saya mengutip mata maksimum.”

Tags
Google ads
Back to top button