BuletinMotosikal

SYM SM SPORT 110R DENGAN GRAFIK BAHARU

Selepas pelancaran SM Sport 110R pada dua tahun lalu, ia mencatatkan penjualan yang amat memberangsangkan dan kini Mforce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan SM Sport 110R dengan grafik baharu yang lebih menarik, bergaya dengan harga yang berpatutan.

SM Sport 110R – Penjimatan dari segi penggunaan minyak yang rendah untuk perjalanan yang lebih jauh.

Sistem Suis Penjimatan Bahan Api dalam model SM Sport 110R memberikan prestasi yang cemerlang dari segi penjimatan minyak untuk perjalanan yang lebih jauh.

Selain itu, SM Sport 110R mempunyai rekabentuk yang aerodinamik dan sporti. Model tersebut menggunakan model enjin 109 cc SOHC dengan sejukan udara yang mematuhi piawaian EURO 3 yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Di samping itu juga, SM Sport 110R juga mempunyai beberapa ciri keselamatan istimewa seperti, “day time running light” (DRL), lampu isyarat hadapan dan belakang LED, sistem suspensi belakang Kayaba (KYB), ruang penyimpanan besar, suis anti-kecurian dan satu soket pengecas USB 5V.

SM Sport 110R dijual pada harga RM3,918.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insuran) dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km yang mana lebih terdahulu.

Terdapat tiga pilihan warna yang menarik iaitu hitam, biru dan merah.

GALERI

Google ads
Back to top button