
VOLKSWAGEN GOLF R BAHARU TIBA DI MALAYSIA – HARGA MULA RM337K
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini secara rasmi melancarkan Volkswagen Golf R baharu untuk pasaran tempatan, ditawarkan pada harga bermula RM337,790.
Manakala, varian bersama Volkswagen Assurance Package (VAP) dijual pada harga bermula RM355,990.
Menariknya, Malaysia turut menjadi satu-satunya negara di luar Jerman yang memasang Golf R secara tempatan menerusi fasiliti di Pekan, Pahang.

Spesifikasi Ringkas Volkswagen Golf R Baharu
- Enjin 2.0L TSI turbo
- Kuasa maksimum 333PS
- Tork maksimum 420Nm
- Transmisi DSG 7-kelajuan
- Sistem pacuan semua roda 4MOTION
- Pecutan 0-100 km/j: 4.6 saat
- Sistem R Performance Torque Vectoring
- Mod pemanduan: Comfort, Sport, Race, Drift, Individual
- Rim aloi Estoril 19-inci
- Sistem ekzos titanium Akrapovič
- Lampu IQ.LIGHT Matrix LED
- Skrin infotainmen 12.9-inci
- Digital Cockpit Pro 10-inci
- Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar
- Sistem audio Harman Kardon 480W
Dari segi penampilan, Golf R tampil dengan rekaan lebih tajam dan agresif menerusi bampar hadapan baharu, logo Volkswagen bercahaya serta elemen eksklusif “R” yang menyerlahkan identiti sporty model ini.

Turut menjadi perhatian ialah sistem ekzos titanium kuad Akrapovič yang bukan sahaja meningkatkan prestasi, malah menghasilkan bunyi ekzos lebih garang.
Empat pilihan warna ditawarkan iaitu;
- Dolphin Grey
- Lapiz Blue
- Grenadilla Black
- Pure White
Masuk ke ruang kabin, Golf R menerima sistem infotainmen baharu bersaiz 12.9 inci berasaskan sistem operasi MIB4, bersama Digital Cockpit Pro 10 inci yang menawarkan paparan boleh disesuaikan mengikut kehendak pemandu.
Dari sudut keselamatan, hatchback prestasi ini menerima sistem IQ.DRIVE yang merangkumi pelbagai teknologi bantuan pemandu termasuk Adaptive Cruise Control, Front Assist dengan brek kecemasan autonomi, Lane Assist, Side Assist dan Park Distance Control.
GALERI:











