Motosikal

PERLUMBAAN GRAND PRIX MOTOGP PADA 22-24 OKTOBER 2021 DI SEPANG DIBATALKAN

Seperti yang dijangka, peminat perlumbaan MotoGP tempatan sekali lagi terpaksa berputih mata kerana acara yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dibatalkan. 

Perkara itu disahkan oleh SIC menerusi satu kenyataan rasmi. Jadi perlumbaan tersebut akan diganti dengan Grand Prix di litar Misano Marco Simoncelli pada tarikh yang sama. Sementara tarikh bagi perlumbaan seterusnya di litar San Marino e della riviera di Rimini tidak berubah.  

Terdahulu, sesi ujian rasmi dan shakedown MotoGP di Sepang pada Februari juga telah dibatalkan. 

Punca utama pembatalan itu sudah pasti disebabkan oleh jangkitan kes COVID-19 dalam negara yang  kekal tinggi hingga ke hari ini. 

“Biarpun berdepan dengan kekangan ini, SIC kekal optimis dan tidak sabar untuk menganjurkan perlumbaan MotoGP pada musim 2022. SIC ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Dorna Sports S.L., Kementerian Belia dan Sukan serta para peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada SIC,” jelas SIC. 

Google ads
Back to top button