
DONGFENG PRATONTON TIGA MODEL NEV DI KLIMS 2026 – VOYAH DREAM, M HERO II DAN DONGFENG 008
Dongfeng Malaysia memperkukuh kehadirannya di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 menerusi pratonton tiga model kenderaan tenaga baharu (NEV) iaitu Voyah Dream, M Hero II dan Dongfeng 008.
Ketiga-tiga model tersebut membuat penampilan sulung kepada umum di Malaysia, sekali gus memberi bayangan hala tuju jenama itu dalam menawarkan mobiliti premium dan teknologi elektrifikasi moden kepada pengguna tempatan.
Voyah Dream:

Voyah Dream hadir sebagai MPV premium yang menyasarkan golongan keluarga serta pengguna korporat yang mahukan keselesaan dan teknologi dalam satu pakej.
Model itu ditawarkan di pasaran global dalam versi plug-in hybrid (PHEV) dan elektrik sepenuhnya (EV), selain menampilkan kabin tujuh tempat duduk yang luas bersama pelbagai ciri pintar moden.

Antara spesifikasi utama Voyah Dream:
- Jarak perjalanan sehingga 1,500km (PHEV)
- Rekaan MPV premium mewah
- Kabin tujuh tempat duduk
- Ciri keselamatan komprehensif
- Fokus kepada keselesaan dan pengalaman pemanduan premium
M Hero II:

Turut mencuri perhatian ialah M Hero II, SUV plug-in hybrid mewah yang dibangunkan untuk pemanduan lasak dan penggunaan harian premium.
Ia dipadankan dengan enjin 1.5 liter turbo bersama dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan sehingga 687hp.

Antara spesifikasi utama M Hero II:
- Sistem Range-Extended Hybrid (REV)
- Kuasa maksimum 687hp / 505kW
- Jarak perjalanan sehingga 1,300km
- Sistem pacuan semua roda pintar (Intelligent 4WD)
- Pelbagai mod pemanduan off-road
- Teknologi casis moden untuk kestabilan lebih baik
Dongfeng 008:

Dongfeng 008 pula diperkenalkan sebagai SUV pintar bersaiz besar yang memberi penekanan kepada teknologi, ruang kabin dan keselesaan premium.
Versi elektrik sepenuhnya model ini mampu menawarkan jarak perjalanan sehingga 636 km dengan kuasa motor elektrik 200kW.

Antara spesifikasi utama Dongfeng 008:
- SUV elektrik sepenuhnya (BEV)
- Jarak perjalanan sehingga 636km
- Motor elektrik 200kW
- Kadar penggunaan ruang kabin 78.2%
- Sistem hiburan pintar
- Dilengkapi peti sejuk pintar dalam kabin
Pratonton Voyah Dream, M Hero II dan Dongfeng 008 ini mencerminkan visi Dongfeng Malaysia dalam memperluaskan portfolio Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), selain membawa penyelesaian mobiliti bertaraf dunia kepada pengguna tempatan.
Pengunjung KLIMS 2026 turut dijemput mengunjungi reruai Dongfeng bagi melihat sendiri teknologi serta inovasi yang ditawarkan, sekali gus menyaksikan bagaimana jenama itu membentuk masa depan pengangkutan pintar dan elektrifikasi moden.
GALERI:
VOYAH DREAM:










M HERO II:














DONGFENG 008:


























