Motosikal

DARI MALAYSIA KE MOTOGP, RCB NAGAMAKI ‘HANDLE GRIP’ DIIKTIRAF MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Jenama aksesori terkenal tanah air dan antarabangsa, RCB Group melakar pencapaian baharu di pentas antarabangsa dan tempatan selepas produk terbaru, RCB Nagamaki Handle Grip berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBoR). 

Pengiktirafan itu diberikan susulan kejayaan RCB menghasilkan produk rekaan tempatan yang diguna pakai dalam Kejuaraan Dunia MotoGP. 

Untuk rekod, RCB Nagamaki Handle Grip itu merupakan pilihan beberapa pasukan di MotoGP, Moto2 dan Moto3 sekaligus membuktikan keupayaan RCB dalam menghasilkan produk berkualiti bagi pentas sukan permotoran tertinggi dunia. 

RCB Nagakami Handle Grip itu dibangunkan sepenuhnya di Malaysia oleh pasukan R&D MKA Group bermula Disember 2020. 

Menariknya, rekaan handle grip tersebut diilhamkan daripada bahagian pemegang pedang katana yang dikenali sebagai tsuka

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MKA Group, Bruce Lee menyifatkan pengiktirafan kali ini adalah satu pencapaian besar RCB. 

“RCB amat berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records ini. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan syarikat kami dan jenama RCB, malah turut menjadi kebanggaan kepada industri kejuruteraan dan pembuatan Malaysia,” jelasnya. 

Google ads
Back to top button