Motosikal

VOGE SR250GT II PRO LANCAR DI CHINA – ENJIN BAHARU, 27.5HP, 24.5NM

Ekoran terdapat saingan sengit bagi segmen skuter maxi 250cc di pasaran China dan global, Voge telah mempertingkatkan model popular, SR250GT dengan SR250GT II. 

Menurut Voge, SR250GT II ini memfokuskan naik taraf pada aspek rekaan, prestasi dan praktikal. 

Meskipun rupa bentuk kelihatan hampir sama seperti sebelum ini namun SR250GT II ini tampil dengan rupa hadapan yang lebih agresif dan panel sisi yang lebih lebar bagi melindungi penunggang dari rintangan angin. 

Lampu hadapan juga dipertingkat dengan lampu LED berintensiti tinggi dengan 65,000cd  sekaligus menawarkan penghilatan yang lebih jelas di waktu malam. 

Naik taraf terbesar tertumpu pada bahagian enjin yang menyaksikan SR250GT II ini dilengkapi dengan enjin KS250F generasi kedua yang berupaya menawarkan 27.5hp pada 8,500rpm dan 24.5Nm pada 6,250rpm. Untuk rekod, model sebelumnya (dikenali sebagai SR3 di Malaysia), menawarkan 26hp dan 23Nm ini bermakna terdapat peningkatan 1.5hp dan 1.5Nm. 

Voge juga mendakwa bahawa enjin baharu tersebut lebih responsif dan menawarkan daya pecutan yang lebih baik. 

Menariknya, kapasiti tangki juga meningkat kepada 15L berbanding 14L sebelum ini. 

Sementara itu, Voge turut menaik taraf tempat duduk dengan ergonomik yang lebih baik di samping menawarkan sokongan yang lebih efisien. 

GALERI: VOGE SR250GT II PRO 2026

Google ads
Back to top button