
ASTON MARTIN VALHALLA MEMBUAT DEBUT AWAM DI MONACO
Model terkini Aston Martin Valhalla telah membuat debut awam secara global menjelang hujung minggu Grand Prix F1 Monaco hujung minggu baru ini. Model Aston Martin Valhalla tersebut telah dipandu oleh pemandu pasukan F1 Aston Martin Aramco merangkap Juara Dunia Formula Satu sebanyak dua kali, Fernando Alonso yang mana model Valhalla tersebut menyertai litar jalanan yang cukup ikonik di Bandar Monaco sebelum latihan F1 dimulakan.

Untuk rekod Aston Martin Valhalla ini ini telah selesai menjalani ujian pengesahan terakhir di atas jalan dan di juga trek baru baru ini sahaja. Model Aston Martin Valhalla ini yang telah menarik perhatian dunia dengan gabungan teknologi dipacu prestasi F1. Kerjasama rapat dengan Aston Martin Performance Technologies (AMPT), cabang perunding Pasukan F1 Aston Martin Aramco telah menghasilkan mengenai dinamik, aerodinamik dan bahan telah membawa dimensi tambahan kepada reka bentuk dan pembangunan Valhalla ini sendiri
Hanya muncul di khalayak ramai pada paparan statik sehingga kini, ini merupakan prestasi awam dinamik pertama untuk supercar Valhalla ini, menyerlahkan rangkaian kuasa hibrid yang canggih, pengendalian yang unggul, dan dinamik pemanduan yang tiada tandingan – apatah lagi reka bentuknya yang cantik.

Model Aston Martin Valhalla memasuki ke dalam litar jalanan melalui Monte Carlo yang berilhamkan jentera lumba AMR25 dengan menggunakan warna Podium Green serta liveri Lime Green yang dipandu oleh pemandu pembangunan supercar tersebut Fernando Alonso telah menyaksikan model Valhalla ini diuji hingga ke hadnya ketika melewati tempat orang memakai Baju Batik membuang duit serta melewati terowong yang ikonik di kawasan itu.
Dengan gabungan output 1079 PS dan 1100 Nm melalui rangkaian kuasa hibrid, Valhalla adalah model supercar pertama daripada siri pengeluaran Aston Martin menggabungkan hibrid plug-in pertama dan kenderaan pengeluaran pertama dengan keupayaan rangkaian EV khusus.

Ianya juga merupakan Model pertama marque menggunakan enjin bespoke 4.0 liter twin-turbo flat-plane crank V8, yang merupakan enjin V8 berprestasi tertinggi pernah dipasang pada Aston Martin – dan yang pertama menggunakan Transmisi Klac Dwi (DCT) 8-kelajuan serba baharu marque, yang menggabungkan e-Motor dan pembezaan belakang elektronik (E-diff). Ia juga merupakan aplikasi pertama motor berkembar gandar hadapan serba baharu, yang memudahkan pevektoran tork dan menyumbang kepada sistem pacuan semua roda.

