Buletin

ASTON MARTIN DBX S – GANDINGAN SUV MEWAH + LAJU

Apabila menyebut tentang model Aston Martin DBX707, sememangnya kita mudah untuk mengakui akan betapa elit model SUV keluaran dari British ini. Dan kini mereka dengan bangganya memperkenalkan pula varian berprestasi tinggi dan juga model perdana Aston Martin DBX S yang menggabungkan daya tarikan dinamik model DBX707 dan enjin yang dipertingkatkan daripada teknologi yang dipindahkan terus daripada supercar yang akan datang, Valhalla.

Secara tidak langsung, ianya juga menandakan kepulangan semula lencana S, Aston Martin DBX S ini akan menjadi sebuah SUV yang paling berkuasa di dunia, hanya dengan menggunakan enjin pembakaran dalaman.

Dengan menggunakan pengecas turbo yang diambil terus daripada model akan datang, Valhalla, mampu memberikan kuasa tambahan sehingga 20 PS  terhadap enjin asal 4.0 liter turbo V8 menjadikan kuasa keseluruhan adalah 727 PS dan 900 Nm. Hasilnya model ini mampu memecut 0 – 62 mph hanya dalam tempoh 3.3 saat sahaja dengan kelajuan maksimum dihadkan sehingga 193 mph sahaja.

Penampilan luarannya kelihatan lebih garang dengan rekaan splitter & diffuser bahagian bawah yang unik serta corong ekzos bertindan empat.

Pemadanan rim magnesium berdiameter 23 yang ringan (75% lebih ringan berbanding rim aloi biasa) serta menggunakan bahan gentian karbon pada bahagian bumbung serta gril berbentuk sarang lebah polikarbonat ringan yang ditempah dapat mengurangkan lagi berat badan kenderaan secara keseluruhan.

Kemasan gentian karbon turut diaplikasi kepada cermin sisi, bahagian garis sisi dan juga bahagian ambang bawah. Kemasan gentian karbon ini juga boleh dilihat pada bahagian belakang meliputi bampar dan diffuser sekali gus mengurangkan lagi kira – kira 7 kg. Sudah tentu rekaan ezkos bertindan empat itu merupakan perubahan yang ketara berbanding model standard sebuah DBX707 yang mampu mengeluarkan bunyi V8 yang lebih garang.

Bahagian kabin menampilkan gabungan ciri mewah dan sporty dengan tempat duduk ringan yang dibalut dengan Alcantara serta beberapa kemasan di konsol tengah, panel instrumen bawah dan kemasan atas.

Ia juga dilengkapi dengan sistem audio pembesar suara Aston Martin Premium Audio 800w 14 sebagai standard yang dibangunkan bersama QuantumLogic yang menghasilkan bunyi sekeliling yang mengasyikkan.

Kini Aston Martin DBX S ini sudah boleh mula ditempah dengan penghantaran pertama pada Q4 2025 nanti. Harganya? Mungkin sekitar RM1.8 juta kalau convert ke duit kita.

BACA : ASTON MARTIN DBX707 SEBAGAI F1 MEDICAL CAR 2023

BACA : ASTON MARTIN DBX707 AMR24 EDITION – EDISI KHAS BERSEMPENA DENGAN JENTERA F1 MUSIM INI

Google ads

B K

Back to top button