Buletin

AUDI MALAYSIA PERKENALKAN AUDI A3 DAN A5 SPORTBACK

Audi Malaysia baru-baru ini memperkenalkan dua model baharu ke pasaran tempatan iaitu sedan A3 1.4 TFSI dan Audi A5 Sportback 2.0 TFS. 

Kedua-dua model itu sudah boleh didapati di semua pengedar sah Audi di seluruh negara. 

Audi A3 

Sedan itu kini tampil dengan lebih banyak ciri premium seperti lampu LED sepenuhnya, kokpit maya Audi dan navigasi MMI Touch. Bahagian luaran juga telah dinaik taraf dengan lampu belakang dan bampar rekaan baru. 

Audi A3 menggunakan enjin 1.4 TFSI bersama teknologi cylinder on demand. Enjin kompak itu mampu menjana kuasa mencecah 150hp dan tork 250Nm yang menjanjikan keseronokan serta penjimatan.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar electrohydraulic yang diinspirasikan daripada perlumbaan. 

A3 merupakan model pengeluaran pertama yang menggunakan kotak gear tersebut. Ia menjanjikan penukaran gear yang pantas. Jika berminat, A3 sedan boleh anda miliki pada harga RM239,750 seunit. 

Audi A5 Sportback 

Coupe lima pintu yang bergaya ini kembali tiba di pasaran tempatan. Kereta yang mesra keluarga ini  hadir dengan ciri infohibur terkini.

Bukan itu sahaja, Audi A5 Sportback generasi kedua itu juga dilengkapi suspensi yag telah disemak semula sepenuhnya dan sistem bantuan pemandu yang menawarkan pemanduan berprestasi tinggi. 

Jentera itu dikuasakan oleh enjin 2.0 TFSI baharu yang dipadankan dengan pacuan semua roda quattro. Antara ciri premium yang turut dipasang ialah lampu utama LED, kokpit mata Audi dan MMI Touch.   

Audi A5 Sportback ditawarkan pada harga RM339,900 seunit. 

Tags
Google ads
Back to top button