Buletin

AUDI MAHU AMBIL 100% SAUBER GROUP, PERCEPAT PERSEDIAAN F1

Pada Ogos 2024 Audi secara rasmi mengumumkan penyertaan ke dalam perlumbaan arus perdana Formula 1 (F1) bermula daripada musim 2026.

Terbaru Audi merancang untuk mengambil alih 100 peratus pegangan di dalam Sauber Group.

Musim 2026 menyaksikan perubahan pada jentera F1 seperti penggunaan bahan api lestari, kuasa elektrik lebih tinggi, pengharaman MGU-H (Motor Generator Unit- H), kos lebih rendah dan beberapa lagi.

CEO AUDI AG, Gernot Doellner

Oliver Hoffmann yang sekarang ini mengetuai bahagian Pembangunan Teknikal Audi akan dipertanggungjawab bagi keseluruhan program F1 Audi sebagai Wakil Besar.

Jawatan yang baru diwujudkan itu akan menyatukan kesemua tiga paksi program F1 iaitu pegangan di dalam Sauber dan pembangunan unit kuasa oleh Audi Formula Racing GmbH di Neuburg, Jerman.

Satu lagi tugasan ialah dan memacu secara strategik serta pengaktifan program oleh AUDI AG.

Selain mempengerusikan jawatankuasa pemegang saham Audi Formula Racing GmbH, Oliver Hoffman akan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah kesemua syarikat Sauber.

Andreas Seidl akan dilantik sebagai CEO of Audi F1 Team

Selari dengan perkembangan tersebut, Oliver Hoffmann bakal meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pengurusan AUDI AG.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Audi, Gernot Döllner akan bertanggungjawab di dalam jabatan Pembangunan Teknikal selain tugas sedia ada.

Beliau akan meneruskan tranformasi yang sedang berjalan di dalam jabatan Pembangunan Teknikal.

Selain memendekkan masa pembangunan, tumpuan Audi ialah pada struktur yang lebih cekap.

Audi juga menumpukan pada bahagian tanggung jawab yang jelas bagi menggerakkan keutamaan produk dan teknologi seperti digariskan di dalam Audi Agenda.

Sebagai persediaan untuk bersaing di dalam musim 2026, Andreas Seidl dilantik sebagai CEO Audi F1 Team.

Beliau bertanggungjawab terhadap pelaksanaan projek F1 Audi dan juga Audi F1 Team. Beliau juga akan menjadi barisan hadapan atau wajah Audi Formula 1 Team.

Andreas Seidl dilahirkan di Jerman dan memulakan kerjaya sukan permotoran di dalam program F1 BMW dan pernah dilantik sebagai Pengarah Operasi Perlumbaan.

Sebagai Prinsipal Pasukan sebuah lagi jenama Jerman, beliau menjulang tiga kemenangan keseluruhan 24 Jam Le Mans.

Daripada tahun 2019 sehingga 2022, beliau merupakan Prinsipal Pasukan McLaren Formula 1 Team dan pada tahun berikutnya memegang jawatan CEO Sauber Group.

Google ads
Back to top button