Motosikal

CFMOTO 450MT DIBUKA UNTUK TEMPAHAN – RM28,888?

Umum sedia maklum bahawa CFMOTO 450 MT telah pun diperkenalkan di pasaran global sekitar bulan Februari lalu. 

Motosikal segmen ‘dual-purpose’ itu menembusi pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu kurang enam bulan selepas model tersebut dipamerkan buat julung kalinya di EICMA, November tahun lalu. Untuk rekod, bagi pasaran AS, 450 MT mengguna pakai nama Ibex 450.

Sementara itu, kami turut dimaklumkan model ini akan dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi. Menariknya, ada pihak yang telah pun mengiklankan tempahan 450 MT ini di atas talian antaranya di Mudah.my

Lebih mencuri tumpuan, harga CFMOTO 450 MT ini dinyatakan sebagai RM28,888. Siasatan lanjut mendapati harga tersebut didedahkan sebagai usaha menarik pembeli untuk membuat tempahan awal. 

Untuk rekod, 450 MT merupakan motosikal ketiga CFMOTO yang dikuasakan enjin parallel-twin 449cc dengan crank 270-darjah selepas 450 SR dan 450 NK. Enjin tersebut juga hadir dengan dua ‘counterbalancer’ bagi memastikan gegaran enjin berada pada tahap minimum sekaligus meningkatkan keselesaan menunggang. 

Bagaimanapun, enjin tersebut telah ditala semula dan kini menawarkan 44hp pada 8,500rpm dan 44Nm pada 6,250rpm berbanding 50hp dan 39Nm pada 450SR. 

Selain itu, berbanding 450SR dan 450NK kuasa puncak hadir pada 1,000rpm lebih rendah sementara tork puncak pula hadir 1,350rpm lebih awal sekaligus menyumbang kepada kemampuan ‘off-road’ dan ‘touring’. 

Google ads
Back to top button