Buletin

IGNIS PENGGANTI SUZUKI SX4

Gambar model konsep Suzuki Ignis 2016 sudah pun didedahkan lebih awal sebelum penampilan perdananya di Tokyo Motor Show 2015.

Suzuki-Ignis-2016-mekanika

Difahamkan model berkenaan akan dipasarkan tahun hadapan. Diasaskan kepada model konsep Suzuki iM-4 yang dipertontonkan pada Geneva Motor Show 2015, Ignis serba baru mengikuti trend rekaan Vitara baharu.

Penampilan hadapan Suzuki Ignis sekali imbas kelihatan mirip Grand Vitara. Penggunaan gril honeycomb yang lebar sehingga ke lampu depan memberikan penampilan yang mantap.

Suzuki-Ignis-2016-mekanika (2)

Rauang kabin Ignis tampil memikat menerusi head unit seperti tablet komputer. Paduan dua tona warna pada papan pemuka membuatkan Ignis kelihatan mewah.

Suzuki mengesahkan Ignis memiliki dimensi panjang 3,693mm, 1,709mm (lebar) dan 1566mm (tinggi). Ignis dikendalikan di atas jarak roda berukuran 2438mm. Ini menjadikan Ignis 18mm lebih panjang dan 109mm lebih lebar berbanding Jimny Sierra.

Suzuki-Ignis-2016-mekanika (4)

Dengan penglihatan yang baik dan disokong kelegaan tanah tinggi, Ignis memberi keselesaan untuk kegunaan harian. Ignis juga memberi keyakinan buat pemandu untuk melalui laluan sukar.

Bagaimanapun, nadi Ignis masih belum disahkan. Kemungkinan besar jentera tersebut berkenaan akan dijana oleh enjin 1.0 liter dengan sistem pengecas turbo.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button