Buletin

WHEELCORP PREMIUM BUKA PUSAT 4S BMW & MINI DI SETIA ALAM

BMW Group Malaysia semalam memperkenalkan kemudahan 4S terkini BMW dan MINI iaitu Wheelcorp Premium di Setia Alam.

BMW-4S-Centre-Setia Alam-mekanika (9)

Pengedar baharu itu akan menawarkan perkhidmatan 4S BMW Group yang ekstensif (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem) kepada para pelanggan di kawasan Setia Alam dan Klang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris memberitahu, Setia Alam dan Klang adalah pasaran yang berpotensi berikutan penyerahan 500 buah kenderaan premium pada setiap tahun.

BMW-4S-Centre-Setia Alam-mekanika (5)

Dengan ruang binaan dianggarkan seluas 107,500 kaki persegi di atas tanah 1.1 ekar,  pusat 4S itu terdiri daripada sebuah bangunan empat tingkat. Ia turut menawarkan perkhidmatan BMW Premium Selection, perniagaan kereta terpakai BMW Group, selain kemudahan baik pulih Badan dan Cat.

Di tingkat bawah, premis itu mempunyai ruang untuk mempamerkan sehingga 12 unit kenderaan BMW, 4 buah MINI baharu, di samping kawasan khas Lifestyle Collection BMW dan MINI. Sebagai tambahan. Tingkat bawah kemudahan baharu itu turut menempatkan 30 ruang bengkel penyelenggaraan seluas 13,000 kaki persegi.

BMW-4S-Centre-Setia Alam-mekanika (6)

Tingkat bawah tersebut bersambung dengan tingkat satu iaitu kawasan BMW Premium Selection yang mampu mempamerkan sehingga 30 buah kenderaan pada satu-satu masa.

Ia dilengkapi bar kafe BMW Isetta dan ruang menunggu untuk pelanggan. Tingkat satu juga menempatkan ruang pameran BMW M Performance yang boleh menempatkan sebuah kenderaan, selain alat-alat ganti dan aksesori BMW M Performance.

BMW-4S-Centre-Setia Alam-mekanika (3)

Tingkat dua pula merupakan kawasan menyimpan stok yang berupaya menempatkan lebih 80 buah kereta. Sementara tingkat tiga memiliki keluasan 22,000 kaki persegi untuk kerja-kerja baik pulih Badan dan Cat, lengkap dengan ruang mengecat. Secara keseluruhannya, pusat 4S Wheelcorp Premium BMW dan MINI dikendalikan oleh 50 orang kakitangan.

“Kemudahan baharu kami di Setia Alam ini menampilkan identiti jenama BMW dan MINI yang terkini. Para pelanggan dan pengunjung pasti menyedarinya sebaik sahaja mereka masuk ke dalamnya,” kata Ketua Pengedaran Wheelcorp Premium, Jayden Liew.

BMW-4S-Centre-Setia Alam-mekanika (2)

Kemudahan 4S Wheelcorp Premium BMW dan MINI yang baru ini terletak di No. 1, Jalan Setia Murni AH, U13/AH, Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor. Maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi BMW Voice di talian 1800 88 3000 atau layari laman web www.bmw.com.my.

Google ads
Back to top button