Motosikal

AVETA VANGUARD 250 BAKAL DEBUT DI MALAYSIA – HARGA BAWAH RM20K?

Aveta bakal memberi saingan kepada segmen skuter maxi 250cc menerusi Vanguard 250. 

Didakwa sebagai skuter maxi ‘crossover’ di Malaysia, Vanguard 250 merupakan skuter yang telah dijenamakan semula dari Wottan GT2 yang bersesaran 300cc. 

Bagaimanapun, disebabkan faktor kelas lesen motosikal di Malaysia, Aveta akan mengecilkan enjin dari 300cc kepada 250cc.

Walaupun angka kuasa tidak didedahkan namun hampir pasti Vanguard 250 akan dipacu enjin satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api Bosch. 

Melihat kepada spesifikasi Wottan GT2, Aveta Vanguard 250 akan menawarkan kelengkapan terkini antaranya skrin TFT 7-inci yang boleh dihubungkan kepada telefon pintar serta menawarkan sistem navigasi jenis ‘turn-by-turn’. Pengecas USB juga didatangkan secara standard. 

Penghadang angin pula menawarkan pelarasan dua peringkat sekaligus menjaminkan pengalaman menunggang yang selesa. 

*Aveta Vanguard 250 dirakam menjalani ujian jalan raya di Malaysia.

Maklumat lebih terperinci akan didedahkan dalam masa terdekat. 

Google ads
Back to top button