" "
Motosikal

ROYAL ENFIELD HIMALAYAN 750 DIKESAN JALANI UJIAN, LANCAR TAHUN INI?

Royal Enfield merupakan antara jenama motosikal yang rancak memperkenalkan barisan model baharu kebelakangan ini. 

Tidak hairanlah jenama motosikal dari India itu merekodkan penjualan hampir satu juta motosikal bagi tahun 2024 sekaligus mencatatkan tiga kali ganda jualan dalam tempoh 10 tahun. 

Antara tarikan utama motosikal Royal Enfield adalah gaya retro klasik yang tidak pernah ditelan zaman di samping menawarkan harga yang kompetitif dan mampu milik. 

Bagi tahun 2025, Royal Enfield dilaporkan akan memperkenalkan model paling berkuasa menerusi Himalayan 750 dengan jentera tersebut telah pun kelihatan menjalani ujian di India dan Eropah. 

Menariknya, ada yang mendakwa Himalayan baharu itu dipacu enjin parallel-twin 650cc namun rata-rata media di India melaporkan bahawa model tersebut akan dikuasakan enjin 750cc. 

Untuk itu kami juga beri kepercayaan kepada rakan media di India bahawa Royal Enfield akan melancarkan Himalayan 750 bagi pasaran global tidak lama lagi. 

Difahamkan, enjin 750cc itu dibangunkan dari platform 650cc dengan membesarkan bore piston. Memandangkan enjin 650cc sedia ada menawarkan 47hp, ini bermakna enjin baharu itu akan menghasilkan 50hp ke atas. 

Apa pun, kehadiran enjin yang lebih besar itu pastinya akan menyumbang kepada berat yang lebih signifikan sekaligus menarik untuk menanti apakah yang Royal Enfield bakal lakukan bagi mengatasi isu tersebut. 

Selain itu, berdasarkan gambar yang dikongsikan jelas menampakkan beberapa ciri termasuk:

  • fork USD
  • brek jenis axial dari ByBre
  • belly pan
  • penghadang angin tinggi
  • monoshock
  • rim jenis lidi 
  • cakera brek berkembar
Google ads
Back to top button