Artikel Pilihan

BAGAIMANA TOMBOL GEAR KRISTAL DIHASILKAN UNTUK VOLVO?

Tombol gear digunakan untuk membantu pemandu menukar gear, samaada ia menggunakan gear manual ataupun automatik. Bagi kenderaan biasa, ia akan dihasilkan daripada gabungan plastik, resin, dan dibalut dengan kulit bagi kereta mewah. Bagi Volvo, ia dihasilkan daripada kristal kaca di Bandar Kosta, Sweeden.

Kami padatkan segala maklumat berkenaan dengan tombol gear kristal untuk kereta Volvo dalam bentuk poin bagi memudahkan pemahaman pembaca.

1. Tombol gear kristal ini dihasilkan oleh sebuah syarikat yang wujud semenjak tahun 1742 lagi, dan pada awalnya ia digunakan untuk perhiasan bukannya sebagai komponen kereta.

2. Tombol ini diberi nama Orrefors Crystal Eye dihasilkan secara manual buatan tangan, bukannya dengan mesin. Ini bermakna ia dihasilkan dengan kemahiran pekerja dan merupakan hasil seni dengan kaedah tempaan kaca sama seperti tahun 1742 dahulu

3. Idea menggunkan kristal ini dibawa oleh Anders Bergström, Volvo’s colour and materials designer yang mahu Volvo mengetengahkan nilai tradisi Scandinavian terutama seni pembuatan kristal kaca. Bagi Anders, kristal ini berada di tengah kereta dan terasa mewah bila disentuh

4. Kristal kaca ini dihasilkan dengan silikon dibakar dalam furnace (ruang pembakaran yang besar) dengan kaedah manual. Setiap furnace digunakan adalah didedikasikan pada model tertentu seperti XC40, XC60, XC90, V90 dan V60 serta dioperasikan oleh lain-lain pekerja

5. Silikon atau campuran pasir ini (dengan campuran formula rahsia) dibakar sehingga mencair selama 16 jam pada suhu 1400 darjah Celcius secara bergilir-gilir dalam dua pot yang berbeza bagi memaksimakan masa bekerja.

6. Apabila cairan siikon ini menyejuk pada suhu 1180 darjah Celcius, barulah pekerja memulakan kerja dengan meletakknya pada hujung besi dan dibentuk dengan menggunakan acuan keluli . Proses pembentukan ini akan diiringi dengan proses pemanasan dan penyejukan dengan kipas. Proses ini akan menguatkan silikon dan mengilap kristal tadi agar bersinar

Silikon cair dimasukkan dalam acuan

7. Secara purata setiap pasukan pekerja menghasilkan 50 ketulan silikon utnuk dijadikan kristal, tapi hanya 35 unit sahaja yang lulus dalam ujian kualiti. Semua pekerja ini adalah pekerja mahir, telah bekerja sekurang-kurangnya selama 5 tahun dengan syarikat dan hanya fokus pada satu produk sahaja selama bertahun-tahun.

8. Ketulan silikon yang melepasi ujian kualiti akan melalui proses rawatan haba dengan menggunakan oven khas, dipanaskan dan disejukkan berulang kali dalam tempoh 8 jam sehingga ia menjadi sejuk pada suhu bilik.

9. Logo Orrefors akan dicetak pada tombol gear dengan kaedah 3D dan proses ini adalah intelectual property rights yang rahsia. Semua tombol gear akan diperiksa sebanyak 6 kali sebelum dihantar ke Volvo untuk dipasang pada kereta. Kalau ada kecacatan, tombol gear akan dilebur semula

10. Syarikat Orrefors-Kosta Boda juga menjalankan ujian suhu bagi memastikan tombol gear tidak terjejas dalam apa jua keadaan pemanduan. Sehingga hari ini, mereka tidak pernah menerima sebarang masalah daripada Volvo

Berapa harga untuk satu unit tombol kristal gear Volvo ini? Mereka tidak pernah mendedahkan berapa harga yang dibayar oleh Volvo tapi yang pasti ia tidak murah.

Google ads
Back to top button