Buletin

KERETA TERPANJANG DUNIA, THE AMERICAN DREAM SIAP DIRESTORASI

Kereta yang pernah memecahkan rekod sebagai kereta yang paling panjang di dunia, “The American Dream” telah selesai menjalani proses restorasi baru-baru ini.

Seorang pengumpul kereta dari Central Florida, Michael Dezer telah berjaya membeli kereta yang asalnya tersadai itu pada tahun 2019 daripada pemilik terdahulu, Michael Manning.

Disebabkan sudah beberapa tahun tersadai dan berada dalam kondisi yang cukup teruk, kereta itu terpaksa dipotong dua sebelum dipindahkan dari Nassau Conty, New York ke Orlando.

Di sana, kedua-dua individu itu bekerjasama melakukan proses restorasi penuh di bahagian luar, membuat semula kemasan di bahagian dalam, membina kembali enjin serta menaik taraf kemudahan seperti kolam renang, padang golf mini, dan jacuzzi.

Menurut Guinness World Records, proses restorasi ini memakan belanja sebesar $250,000 secara keseluruhan.

Bukan itu sahaja, dimensi asal kereta ini turut bertambah menjadi lebih panjang, kini dengan ukuran sepanjang 30.54 meter, dengan 26 buah roda, dua enjin V8 dan keupayaan untuk membawa penumpang sehingga 75 orang.

Helipad asal juga masih lagi berfungsi, dan menurut Michael Manning, struktur itu mampu menahan beban seberat 2,268 kg.

Google ads
Back to top button