Artikel Pilihan

BAHAYA KE KALAU KITA PANDU KERETA TANPA SISTEM BREK ABS?

Jawapan pada soalan di atas ialah jika anda seorang pemandu professional atau pelumba yang selalu berentap di atas litar, maka anda akan mendapati sistem ABS sebenarnya tidak cukup bagus. Ini kerana kebanyakan pemandu atau pelumba professional memiliki teknik membrek yang sangat bagus yang dinamakan sebagai threshold braking.

Dalam teknik ini mereka akan membrek dengan sangat kuat tapi pada masa yang sama mereka dilatih supaya mengetahui bila tayar akan hilang cengkaman dan melepaskan brek pedal apabila tayar mula terkunci. Dalam aspek teknikal, kita perlu memastikan brake coefficient hampir kepada 0.9 dan tidak boleh melebihi nilai ini.

Jika kita mula melebihi nilai ini, tayar akan mula terkunci dan akan terseret di atas permukaan jalan. Tayar yang terseret atas permukaan jalan memerlukan jarak membrek yang lebih panjang berbanding dengan tayar yang membrek secara maksimum. Poin utama di sini pelumba akan menekan brek semaksima mungkin bagi mendapatkan kuasa brek maksimum, melepaskan pedal brek jika tayar hampir terkunci dan membrek semula, lepas pedal brek, tekan semula berulang kali

Bunyinya mudah tapi jika anda baru belajar membrek proses ini lebih susah daripada yang perlu disebut. Cakap senang la kan. Oleh sebab itu sistem Anti Lock Braking System dicipta oleh jurutera bagi meniru keupyaan pelumba membrek dengan maksima walaupun dipandu oleh seorang pemandu amatur macam penulis. Anda hanya perlu menekan pedal sekuat mungkin dan brek anda tidak akan terkunci dan tayar tidak akan terseret.

Apa yang sistem ABS buat ialah ia mengatur kuasa membrek melalui komponen dinamakan sebagai ABS Modulator yang berupaya menghantar kuasa membrek pada tayar dan melepaskannya sehingga 50 kali dalam sesaat. ABS akan membrek, mengesan jika nilai coefficient braking melebihi 0.9 , melepaskan brek dan membrek semula sehingga 50kali sesaat. Satu perbuatan yang tak mampu ditiru oleh manusia

Jadi ABS akan memastikan sistem brek bekerja dengan optimum tanpa risiko tayar terseret atas jalan. Jika tayar terseret, ia akan menyebabkan stering terkunci yang menyebabkan pemandu gagal mengelak halangan jika membrek dan tayar terseret. Jadi kehadiran sistem ABS membolehkan pemandu membrek sekuat hati dan mengelak halangan pada masa yang sama ke arah tempat yang lebih selamat.

Sebagai contoh, Mazda MX5 dipandu pada halaju 110km/j berupaya membrek dalam jarak 45 meter selepas brek ditekan. Selepas sistem ABS dinyahaktifkan dengan mencabut fius, Mazda MX5 berhenti sepenuhmya selepas 66 meter. Ini bermakna tanpa ABS, jarak berhenti telah bertambah sebanyak 21 meter.

Google ads
Back to top button