Motosikal

BASIKAL RODA SATU SBU V3

Dihasilkan oleh firma Focus Designs dari Amerika Syarikat (AS), basikal roda satu atau lebih dikenali sebagai unicycle ini sememangnya menawarkan pengalaman dan cara yang unik untuk bergerak. 

SBU V3-01

Focus Designs menyatakan SBU V3 boleh menjadi satu bentuk pengangkutan yang cool. Hanya seberat 12.2 kilogram, SBU V3 dilihat mampu menarik minat orang ramai di AS dan menjadi sebahagian daripada hidup mereka.

SBU V3 Studio White-05

Sifatnya yang mudah dibawa menjadikan SBU V3 sebagai teman yang ideal. Ini kerana ia boleh dilipat dan masuk ke dalam bas, keretapi dan diletakkan di bawah meja pejabat anda.

SBU V3 dibina menggunakan aloi, tahan lama dan nampak bergaya. Ia mampu membawa beban sehingga 148 kilogram. Jadi, orang berbadan besar pun boleh menaikinya.

SBU V3 Studio White-12

Alat ini tidak mempunyai bar hendal. Pengguna mengawalnya menerusi pegerakan semula jadi tubuh. Maksudnya, kalau mahu bergerak ke depan, bongkokkan sedikit badan ke arah hadapan. Jika hendak berhenti atau perlahan, tegakkan badan atau buat pergerakan seperti ingin bersandar.

Anda hanya memerlukan masa kira-kira 30 minit untuk membiasakan diri dengannya. Apabila menggunakan ciri-ciri seperti Turn AssistTM , Push BackTM dan Smart SenseTM SBU V3 akan mempelajari pergerakan dan membuat perkiraan berkaitan aspek keselamatan setiap saat anda menunggangnya.

SBU V3 Studio White-11

Antara ciri lain yang ada pada SBU V3 termasuklah kawalan kestabilan dan sistem brek janaan semula.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button