
KERAJAAN UK CADANG PENUNGGANG BASIKAL PERLU ADA INSURANS DAN PLAT PENDAFTARAN
Kerajaan UK merancang untuk memperkenalkan garis panduan ke atas penunggang basikal seperti peraturan pemanduan kereta, di mana mereka perlu memiliki insurans dan plat pendaftaran.
Memang benar penunggang basikal berdepan kesukaran dan bahaya ketika di atas jalan raya dengan ruang yang sempit, selain dihimpit kereta kiri dan kanan. Menurut Setiausaha Pengangkutan, Grant Shapps, penunggang basikal di kawasan bandar turut melanggar had laju 32km/j, menggunakan lorong pejalan kaki selain melanggar lampu merah.
Hal itu menyebabkan Shapps mahu memastikan pemandu kereta dan penunggang basikal dilayan sama rata oleh sistem perundangan.
Shapps mahu memperkenalkan hukuman baru untuk penunggang basikal yang menunggang secara berbahaya. Berbeza dengan pemandu kereta, jika memandu kereta dalam keadaan berbahaya, mereka boleh disabitkan hukuman penjara dalam tempoh yang lama. Tetapi namun penunggang basikal yang didapati bersalah melanggar seseorang sehingga menyebabkan kematian hanya dipenjara maksimum dua tahun.

Cadangan itu mendapat respon negatif dari kalangan penunggang basikal kerana skim pendaftaran kitaran mandatori akan menjadikan UK satu-satunya negara di dunia selain Korea Utara yang melaksanakannya.
“Berikutan kos sara hidup yang kian meningkat, kami melihat semakin ramai orang beralih kepada basikal untuk memenuhi keperluan pengangkutan mereka.
“Daripada mencadangkan perkara yang mahal untuk berbasikal, kita mahu kerajaan untuk menggalakkan orang ramai untuk berbasikal lebih banyak, bukan kurang,” kata ketua kempen di Cycling UK, Duncan Dollimore.
Shapps juga menerima kritikan yang sama daripada ahli politik pembangkang, tetapi menegaskan dia tidak mempunyai masalah dengan penunggang basikal.
“Saya tidak mahu menghalang orang ramai daripada menunggang basikal mereka. Ia adalah cara yang bagus untuk bergerak. Kita melihat ramai orang mula berbasikal sejak Covid. Tetapi saya tidak nampak sebab mengapa penunggang basikal perlu melanggar undang-undang jalan raya dan terlepas daripadanya,” tegas Shapps.