" "
Buletin

BASIKAL RODA PETAK BERJAYA DIHASILKAN, GENG BASIKAL LAJAK TENGOK PUN GARU KEPALA

Tiada apa yang mustahil untuk dilakukan pada masa kini terutama dalam dunia automotif. Suatu hal tidak terbayangkan suata ketika dahulu, kini ia boleh dilaksanakan meskipun ramai meragui keberkesanannya.

Baru-baru ini, saluran Youtube, The Q, memaparkan basikal beroda segi empat yang kelihatan sangat janggal sebagai sebuah kenderaan.

Berbeza dengan basikal kita ketahui, motosikal beroda segi empat ini dipacu oleh dua gigi gear yang diletakkan di bahagian kanan tayar sementara satu lagi ditempatkan di sebelah kiri, bersebelahan engkol.

Dari segi reka bentuk, tiada perubahan dilakukan kerana ia masih menggunakan kerangka badan basikal sedia ada.

Selain reka bentuk, perincian lain juga kekal sama seperti model basikal biasa.

Walau bagaimanapun, hasil cubaan rekaan baharu itu tidak sesuai digunakan pada semua jenis jalan raya meskipun ia mencapai tujuan asal iaitu membina sebuah basikal beroda segi empat.

Google ads
Back to top button