Motosikal

BEG TANGKI KLASIK GIVI CLA01 KEMBALI – RM245

GIVI Malaysia menghadirkan berita gembira buat peminat apabila mengembalikan semula beg tangki GIVI CLA01 Classic Tankbag yang boleh didapati dengan harga jualan RM245. 

Memandangkan motosikal klasik kembali popular di Malaysia, GIVI memutuskan untuk mengembalikan beg tangki klasik bagi memenuhi permintaan orang ramai. 

Antara motosikal yang sesuai dipadankan dengan beg tangki klasik ini adalah Yamaha RXZ. 

Antara ciri ditawarkan termasuk, ruang meletek telefon pintar yang memudahkan penunggang menggunakan aplikasi navigasi. Ruang dalaman yang luas boleh memuatkan alatan dan baju hujan. 

Walaupun beg tangki ini tidak kalis air namun setiap pembelian didatangkan dengan pelindung hujan. Beg ini juga boleh dibesarkan dari 20L hingga 26L sekiranya mahu memuatkan barangan yang lebih banyak. 

Dalam pada itu, GIVI Malaysia juga sedang menjalankan kempen Balik Kampung Lagi Meriah yang berjalan sehingga 16 Februari ini. 

Orang ramai yang membuat pembelian secara atas talian menggunakan kod promo JOMBALIKAMPUNG akan menikmati penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaaysia.  

Google ads
Back to top button