Motosikal

MAS2025: GIVI M37.0 GRANDE DEBUT DI MALAYSIA – DARI RM360

GIVI dengan rasminya memperkenalkan model helmet terbaru menerusi M37.0 Grande di Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung di MAEPS, Serdang. 

Helmet terbaru dari GIVI ini cukup mencuri tumpuan ekoran menampilkan rupa bentuk yang lebih agresif dan sporty bagi sebuah helmet jet. Helmet terbaru ini hadir dengan empat warna solid dan empat warna bercorak masing-masing dijual pada harga RM360 dan RM400

Selain reka bentuk serba baharu berlainan dengan barisan helmet sedia ada, M37.0 Grande ini turut mencapai standard keselamatan ECE22.06 yang terbaru. Ini bermakna, model terbaru ini berjaya melepasi lebih 20 poin impak berbanding ECE22.05

Menurut GIVI, M37.0 Grande ini hadir dengan dua cengkerang, S dan M serta L dan XL. 

Sudut perincian menyaksikan helmet ini dilengkapi dengan tiga corong udara bagi memastikan aliran udara yang maksimum sekaligus mengelakkan dari terkumpulnya haba dalam helmet. 

Ruangan dalam pula menempatkan penggunaan fabrik anti-bakteria dan cepat kering selain boleh ditanggalkan untuk tujuan pembasuhan. 

Sebagai helmet jet, M37.0 Grande ini juga menggunakan Micrometric Quick Release Buckle yang mudah dipakai dan ditanggalkan meskipun menggunakan sarung tangan. 

GALERI: GIVI M37.0 GRANDE

Google ads
Back to top button